Saturday, 4 December 2010

Buku log .BHW

Salam...,Bagi kita ketegori biasa.. yang baru berjinak-jinak dalam industri walit ini.  Apa yang paling perlu.. pertama,, baca, kedua, baca, ketiga, baca, keempat, faham, dan kelima tulis.

Oleh itu,, walaupun.. tidaklah secanggih mana.. Buku log mesti tercatat kemas di bilik audio ( office burung walit kita), yang mencatatkan segala pergerakan, masalah teknikal, idea, pembaharuan, dan apa-apa remark yang perlu untuk diteliti.

Mana mungkin tiada buku catatan, tandas di pasar raya pun ada buku log kebersihan.  Inikan pula BHW yang kita harapkana akan menjadi punca pendapatakan kita.

Damak mencadangkan item-item tersebut dicatat

Antara item-item yang perlu di catatkan...,

1) peralalatan elektrik ( rosak, service, tukar dan lain-lain)- termasuk litar elektrik-


2) Peralatan audio ( speaker, twitter, wayer, , dll)

3) kolam- ( bocor, limpah, nyamuk  dll)- termasuk saluran paip

4) Najis burung.. pemplotan ( najis baru, najis lama, najis usang dlll)

5) Sarang - Sarang baru, sarang musim lepas, sarang bakal di tuai)

6) Bahagain Struktur- Bangunan ( bocor, panas, lembap, dll)

dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk kita catatkan sebagai peringatan kita...
ini bukan apa untuk memudahkan kita membuat pemantuan, dan pemerhatian agar kita boleh memahami tabiat dan masalah sekeliling..

Mudahan ada manfaatnya

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

No comments:

Post a Comment