Monday, 27 December 2010

Nasihat : Tiada Istilah Bomoh Walit



Salam,

Semalam Damak bersembang dengan beberapa orang rakan "seperwalitan".  Maklumlah sekarang ini musim nampak seperti Walit agak berkurangan.  Maka ada antara sahabat yang mungkin hilang sabar dan tidak mahu menunggu.  Maka ada yang berkata.. Kita pergi jumpa bomoh nak?.








Damak mengeleng-geleng kepala.  Percayalah Setan akan sentiasa mencari ruang-ruang untuk memasuki lompong-lompong iman dalam diri kita.

Ya.. berdoa ! itulah sebaikknya.  Namun... Doa ini seperti agak lambat! ( kerana kita kurang yakin).. Tidak!!! Doa lah cara yang paling selamat dan menyakinkan.  Berjumpa dengan Bomoh atauuu pawang konon-kononya boleh memikat burung sama seperti kita mula hilang keyakinan kepada Doa dan usaha yang kita lakukan tanpa ilmu yang mantap.



Jangan terburu-buru jumpa bomoh sana, jumpa bomoh sini.  Dengan alasan kononya mencari pelaris, pemikat dan sebagainya.  Dan sekiranya Allah menguji kita dengan memberi " Istirad" maka  dan maha rugilah kita.


Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan berusaha.

Sekiranya ada jalan yang begitu senang.  Bomoh itu sudah tentu lebih kaya dan senang berbanding dengan kita.  Logik akalnya.. ha ha.



Maka nasihat Damak, jauhi perkara-perkara khurafat yang menyesatkan, yang menjadikan iman kita tergugat oleh rasa keyakinan kepada Allah. Dan bersandarkan kepada sesuatu yang lain.

Maka buatlah seperti cara yang dibenarkan oleh Islam.. seperti solat hajat, berdoa, berpuasa, bersedekah.  Insyallah.  Bantuan Allah itu maha luas dan Allah Maha Adil dan pemurah. Amin.

Kerana Allah itu ada di Mana-Mana.. perhatikan Ilusi mata ini...





Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

No comments:

Post a Comment