Wednesday, 1 December 2010

Antara Tips2 yang digunakan untuk menghilangkan bau simen.

Salam, Walit ni binatang setia dan ada mood sendiri.  Dan kebiasaanya hukum adat mereka yang setia ada kelemahan mereka sendiri.  Antaranya mrk cukup sensitive.  Sensitif macam na?

Di katakan, burung walit cukup sentsitif pada bau.  Oleh itu, antara tips yang disyorkan apabila BHW telah siap. Jgn terus dibuka.. Usahakan agar bau simen dan bahan binaan itu hilang dulu.  Antara tips dan perbincangan dengan kawan-kawan.  Ada yang mensyorkan cara-cara berikut:


1)  Basuh bangunan dengan water jet. ha ha  ( lepas tu.. bagi kering baru pasang nesting plank")- susahnya bunyinya..

2)  Basuh dengan air nenas- jenuh.. berapa kilo ... kena nampaknya kena pergi borong kat pekan nenas di Johor.  Kenapa nenas- asid sulfurik organik- boleh menghilangkan bau...,

3) Biarkan dulu... sehingga 2-3 bulan.. biar cuaca dan iklim wat kerja- Mahu nak tunggu.. dah byk melabur ni!

4) Taburkan najis walit-  nampak macam ok.. idea ni

5) Spray bahan kimia-  ada cadangkan amonia ( Awas Bahaya). dan

6) Ada juga cadangan gunan EM-1.

7) Tidak kurang ada yang mengatakan letak beberapa kilo garam.  Nak bagi Aroma masin bertindak balas dan seterusnya menghilangkan bau.

dan banyak lagi cara- cara lain.. kerana ilmu Allah itu amat luas!


Kawan ada cerita, sahabat menggunakan campuran tahi ayam dengan najis walit ( kerana harga najis walit ni mahal RM 30/- 1kg.

Ada macam-macam penemuan yang dicadangkan.  Ada yang pernah damak cuba,, dan ada yang tak berani nak cuba.. Tapi terfikir jugak arang boleh hisap bau.. boleh letak arang tak?..  Ada kawan-kawan nak komen.. sila- sila!


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

No comments:

Post a Comment