Pada zaman dahulu kala, di negeri entah berantah, mungkin di ngeri bawah angin dengan kelembapan 80- 85 ,suhu 25-30 tinggalah sekumpulan walit dengan bahagia. Mereka tinggal dengan riang, hidup dengan ceria, di bawah langit Tuhan. Dengan rahmat dan kurnia Tuhan Walit ini dikurniakan satu pasangan yang setia. Dari mula menetas mereka bersama hingga hujung akhir haya tiadalah terpisah juga.
Tinggal dalam rumah gelap , dengan suasana ceria bersama ribuan keluarga walit yang lain. Mereka akan mula keluar untuk mencari makan seawal subuh dan balik menjelang senja. Sungguh permai hidup mereka tanpa ada apa-apa gangguan.
Al kisah tersebutlah kisah satu keluarga walit yang dipanggil Lik Pak, bersama pasangannya Lik Bu. Mereka tinggal di sebuah rumah gelap di Pasir Mas. Walupun rumah itu, tidak lah sebesar rumah-rumah lain di bandar-bandar sekitarnya namun mereka sungguh bahagia. Teringat lagi ketika mereka mula mendiami rumah itu sekitar 7 bulan dulu. Keadaan rumah itu sudah banyak berubah. Dulunya ia sangat panas, Namun Allhamdulillah setelah beberapa ubah suai , rumah itu menjadi kegemaran Lik Pak dan Lik Bu.
Nampaknya rutin harian mereka sekarang semakin sibuk setelah dikurniakan dua zuriat. Syukur mereka selamat menetas dengan suhu rumah burung yang sesuai. Mereka membesar tanpa gangguan daripada lipas, semua, lipan, musang dan lain-lain pengacau yang menjadikan mereka tidak tenteram. Pada waktu ini mereka agak bertuah kerana berkesempatan membina sarang tanpa banyak menggunakan air liur kerana rumah tersebut telah terdapa kemudahan sarang tiruan. Dan mereka sedar, mereka tidak boleh mengharapan sarang tiruan itu sampai bila-bila. Akan tiba masanya , mereka harus membina sarang sendiri untuk menjadikan habitat ini mereka kuasai dan diami sampai ke anak cucu.
Rutin harian mereka bermula dengan keluar mencari makan terdiri daripada serangga kecil, seperti kekatu, api-api, dan lain-lain serangga kecil yang berterbangan bebas di angkasa luas. Mereka amat cekap menangkap serangga ini kerana keupayaan sayap Lik Pak dan Lik Bu sunggup luar biasa. Lebih panjang daripada tubuh badan mereka. Mereka mampu melucur dengan mudah tanpa banyak menggunakan tenaga. Ini menjadi mereka mampu terbang untuk satu tempoh jangka masa yang panjang hampir 12 jam.
Setelah mempunyai anak-anak walit yang kecil ini, mereka perlu pulang pada waktu tengah hari untuk memberi makan dan air minuman kepada anak-anak walit. Ia menjadikan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab. Alangkah ria, hati mereka apabila melihat anak-anak mereka membesar. Kelak mereka akan menjadi zuriat pertama yang akan mendiami rumah gelap itu.
Walaupun, rumah itu gelap. Kebijaksaan Allah tiada tandingan. Mereka masih mampu terbang dengan menggunakan isyarat klik atau ekolasi. Mungkin sistem yang sama diguna pakai oleh ikan paus ataupun kelawar. Namun, mereka tidak sekali-kali sesat kerana terbang dalam gelap merupakan satu kepakaran bagi mereka.
Lagipun. mereka agak bertuah kerana hanya perlu mengekori bunyi-bunyi yang telah terdapat di dalam rumah burung itu. Bunyi-bunyi ini akan melontarkan satu isyarat kepada mereka berdua dan seterusnya akan memantulkan imej dan bentuk bangunana sehingga mereka mampu terbang tanpa melanggar objek sekeliling.
Terkenang Lik Pak dan Lik Bu, sebelum mengeramkan anak mereka berdua ini. Mereka telah menempuhi satu zaman yang amat getir. Membina sarang mereka dengan air luir. Walaupun , mereka menumpang sarang palsu namun air liur mereka tetap diperlukan untuk menjadikan sarang yang bakal didiami lebih selesa.
Porses membuat sarang oleh mereka memakan masa hampir 45 hari. Dan seterusnya mengeram. Keseluruhan proses mengambil masa hampir 3 bulan atau mungkin 85 hari. Namun ia banyak bergantung kepada cuaca dan suhu di dalam sarang mereka.
Kerajinan mereka ini, menjadikan mereka amat dihormati dan mempunyai nama tersendiri dalam carta burung-burung yang dikehendaki. Walaupun kakinya lebih, saiznya kecil. parunya tidak panjang, Namun semangat dan iltizam sang walit ini amat perlu dikenang kerana ia menjadikan mereka mendapat kedudukan yang tinggi di mata manusia.
( Tulisan cereka di waktu petang saat mata mula mengantuk lepas solat zohor)
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.
No comments:
Post a Comment