101010
Tarikh keramat berlaku hanya sekali 1000 Tahun.
Itulah hari ini dalam sejarah. Dalam sejarah peradaban manusia. Untuk melalui hari ini, kita perlu menunggu 1000 tahun lagi. Mustahil untuk kita hidup 1000 Tahun, tanpa izin Allah. Namun itulah kepercayaan Maharaja China apabila mengarahkan rakyat jelatanya mencari penawar untuk hidup selama-lamanya.
Dan Walit adalah salah satu kegilaan yang ditemui oleh Rakyat China hampir 1000 tahun dulu. Usia itu memang sudah lama. Dan sekiranya, ia memang berkesan. Tentu kita masih boleh berjumpa dengan maharaja China hingga ke hari ini.
Tiada siapa yang mampu bertahan selama itu dan tiada siapa yang akan hidup selama itu melainkan dengan izin Allah. Kerana Firman Allah " setiap benda hidup pasti akan mati". Maksudnya. Semua perkara akan mati dan sia-sia melainkan Allah.
Cuma dalam keadaan itu, jangan kita jadikan usia dan usaha kita ini sia-sia. Jadikan ia bermakna dan bermanfaat. Berusahalah untuk menjadi berjaya dunia dan akhirat. Orang Islam, dihormati kerana harta dan ilmu, dan iman yang ikhlas. Sekiranya seorang hartawan yang berilmu, ikhlas dan dermawan. Mereka akan mendapat keisitimewan di Syurga Allah.
Oleh itu, 1000 tahun sudah berlalu, dimana kita, bila kita hendak bermula. Bangkitlah orang muslim, demi menyahut cabaran zaman dan Islam. Majulah dan berimanlah dengan Allah. Damak kagum dengan usaha KPJ ( Kumpulan Perbandan Johor) mengisytiharkan Jihad Ekonomi dengan membeli syer dalam KFC holding. Hasilnya kita boleh memakan KFC hari ini dengan sumbangan yang minima kepada Yahudi. Berbanding dengan produk Fast Food yang lain seperti Mc'D. Oleh itu, ini zamannya. Inilah masanya , jangna tunggu 1000 tahun lagi berlalu untuk kita membina sejarah. Sejarah bakal tercipta dan dibentuk dengan lahirnya ramai usahawan muslim yang bertaqwa dan menjadikan sistem ekonomi yang lebih adil. Agihan pendapat yang lebih seimbang. Zakat dikeluarkan dengan rasa ikhlas dan tanggungjawab membina umat. Perasaan tamak haloba dikikis dengan roh iman. Dan akhirnya kit bakal menyaksikan satu kebangkitan Ekonomi yang lebih adil dan kuasa Agama Allah dapat ditegakkan dan akhirnya belakulah seperti yang diriwayatkan Umat Islam akan menguasai dunia di akhir zaman.
Oleh itu, bangkitlah, berusahalah . Dalam apa bentuk ikhtiar yang mampu agar kita dapat menjadi sebahagian daripada elemen perjuangan ini. Ia bukan perkara yang boleh berlaku dalam sekelip mata, Ia mermerlukan kesabaran dan stratetgi yang khusus. Oleh itu, misi dan impian kita tidak boleh bersifat peribadi. Usahakan satu perniagaan dan perusahaan yang boleh diwarisi dan memudahkan zuriat keturunan kita untuk menjadikan mereka nanti mampu menjadi pewaris dan pembela kepada agama yang tercinta ini. Mudahan-mudahan niat ini tercapai.
Jadikan sistem ekonomi lebih seimbangan, hapuskan riba, taghut,kemungkaran, kuasa ekonomi boleh menguasai perkara-perkara yang berada dibawahnya. Malah ada mereka yang beranggapan ekonomi itu Tuhan. Namun, kita hanya perlu menyembah Tuhan untuk menjadikan kita aman dan tidak perlu menyembah wang.
Wang itu hanya hiasan, kuasa wang berngantung kepada pengurusan dan niat untuk menjadikan ia baik atau jahat. Ia banyak bergantung kepada iman. Tarikh merupakan satu nombor binari =101010 ( sekirannya dikira dengan gandaan dua ia bersamaan dengan 42),. Ia merupakan satu deretan nombor binari yang harus dimaknakan dengan usaha. Apakah makna 42 tahun itu?. Adakah bermakna jumlah rakaat Asar dan Subuh. . Ramai orang kita memilih untuk mengabadikan tarikh ini sebagai tarikh perkahwinan, tarikah pembukaan, tarikh apa-apa sahaja. Namun. Fahamilah... Umat Islam hanya akan lebih kuat sekiranya kita solat jemaah untuk waktu Asar dan Subuh. Ini kerana, Waktu Asar adalah waktu paling sibuk dalam hidup kita, banyak urusan, mesyuarat dan sebagainya akan termakan waktu Asar. Dan Subuh kita bergelumang erat dengan selimut babi yang ditutup oleh Setan yang menjadikan tidur kita lena. Waktu Asar merupakan satu waktu sebelum bermula hari baru di waktu Maghrib. Dan Subuh...satu waktu yang genting untuk kita..
Ataupun kita boleh faham Asar waktu Sang Walit pulang mencari makan .. pulang ke Rumah burung dan waktu Subuh.. sang walit galak keluar daripada sarang untuk mencari makan. Sang Walit telah kekalkan tradisi ini untuk sekian lama.. lebih daripada 1000 tahun. Namun, manusia berapa ribu tahun lagikah kita akan berubah untuk bertaqwa kepada Allah. Seperti kata lagu sepohon kayu" Walaupun hidup seribu tahun kalau tidak sembahyang tiada gunanya".
Maka dalam kita memahami dan menginsafi setiap perkara mengikut kaca mata Agama kita akan melihat semuanya saling berkaita antara satu sama lain. Mana mungkin, kita boleh mengatakan seorang Muslim yang tidak solat akan berjaya secara hakiki dalam usaha perniagaan yang diusahakan. Mana boleh seorang muslim yang ingkar akan tenang dalam urusan perniagaan sekiranya tidak mengeluarkan zakat. Hal- hal ini harus dilihat dengan mata iman dan hati yang taqwa.
Lalu, 101010... hanya satu tarikh , satu nombor, angka.. tiada yang keramat tiada yang istimewa. Yang Istimewa adalah keinginan kita untuk berubah. Sekiranya keinginan itu dapat sama-sama kita pupuk dan kekalkan. Kita mampu membentuk satu empayar muslim yang berkuasa. Berjihad dalam ekonomi dengan memajukan diri sendiri.
Sekirnya kita fahami dan boleh merancanakan sesuatu yang bersifat hari ini dan esok tanpa mengabaikan Allah dan Manusia. Insyallah kita akan berjaya. Insyallah. Mudah-mudahan tulisan ini juga akan menjadi satu titik sejarah kepada Damak dan kita semua. Insyallah.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.
No comments:
Post a Comment