Semua tahu kenapa kita membuat Rumah Burung. Jawapannya untuk mendapat sarang untuk dijual!. Digunakan untuk kesihatan dengan harapan hidup kita lebih berkualiti.
Semudah itu jawapan yang kita dapat. Namun, percaya atau tidak untuk mendapatkan jawapan semudah itu. KIita perlu mengabungkan berberapa ilmu. Antara ilmu yang paling penting ialah ilmu kejuruteraan bangunan, ilmu elektrik, elektronik, Ilmu Bunyi, Ilmu alam habitat haiwan , Ilmu Falak, Ilmu Geografi, Ilmu Matematik, Ilmu Perniagaan, Ilmu menguruskan emosi, ilmu kimia ( racun), dan lain-lain ilmu. Pendek kata, kita mesti mempunyai banyak ilmu. Namun dalam Islam, kita memanggilnya sebagai satu ilmu, iaitu ilmu agama Islam kerana Islam merupakan satu cara hidup.
Dan dalam konteks hari ini, semua ilmu-ilmu ini boleh "dibeli" dengan mudah. Berikan sahaja duit kepada kontraktor. Mereka akan menyelesaikan hampir 80 % masalah ilmu kita. Cuma kita sebagai pengusaha akan ketinggalan dan ralat perkembangan ilmu. Sampai bila kita boleh mengharapkan ilmu itu dibeli dan duit menguruskan segala-galanya. Ada masanya duit itu tiada nilai kerana sesuatu itu tidak boleh dinilai dengan wang. Mungkin kepuasan iman dan keyakinan kepada kemampuan diri yang dianugerahkan Tuhan kepada kita. Bersyukur atas nikmat ilmu yang tiada tandingan.
Bermula dengan ilmu alam, falak dan geografi. Kita meneliti habitat dan tempat yang strategik untuk dijadikan bangunan tempat walit bersarang. Setelah dikenal pasti. Maka datang pula ilmu kejuruteraan bangunan untuk melihat kekukuhan dan kesesuaian bangunan. Dipaterikan dengan ilmu matematik dan ilmu perbendaharaan ( kewangan, pengurusan). Maka kita mula memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan habitat BHW sama seperti habitat asal. Maka datang ilmu alam haiwan. Kita meneliti juga habitat musuh walit, ragam dan budidaya walit bersarang. Maka kita memilih untuk menanam racun serangga dan anai-anai agar bangunan tidak dimakan anai-anai. Disini memerlukan ilmu kimia dan metematik seperti RV/ O . iaitu R = required concentration, V= Volume Required, dan O = Original Concentration. Tersalah campur keracunan kita.
Kita tidak boleh berhenti disitu, ketika bangunan hampir siap. Kita sudah boleh berkira-kira untuk memasang litar elektrik, dan elektronik. Sama ada untuk bekalan utama, speaker, CCTV dan sebagainya. Datang pula ilmu bunyi. Maka ada lah pula pelbagai versi bunyi yang perlu kita ambil tahu. Tidak cukup dengan bunyi, pemilihan speaker dan amplifire juga cukup penting. Setelah itu, datang pula ilmu alam, kita perlu mengambil kira suhu dan kelembapan bangunan. Perkara-pekara ini amat penting dan harus dijadikan keutamaan.
Pendek cerita, semua ilmu ini adalah milik Allah. Lautan ilmu Allah yang tiada tara dan tiada banding. Luas sungguh. Tentu sekali kita tidak mampu mencebuk semuanya. Hanya ilmu-ilmu asas yang patu kita tahu. Namun amat penting untuk kita mengambil tahu apa yang patut kita tahu.
Dan akhirnya., BHW kita siap. Lain pula cabaranya, Walit tidak ramai, kurang menjadi. Apa yang harus kita lakukan. Ubahsuai lagi, bersabar (ilmu menguruskan emosi), dan usaha dikuatkan dengan doa. Insyallah kita yakin. Tuhan akan bersama-sama mereka yang sabar.
Kerana, apabila kita berhadapan dengan cabaran. Masih ada perkara baik dengan perkara itu, iaitu kesabaran yang lahir daripada cabaran itu sendiri. Ilmu-ilmu ini harus dikumpulkan dengan diikat erat sebagai satu bekalan utuh kita dalam kehidupan.
Dan paling akhir. Barulah kita mendapat satu kualiti sarang untuk jadikan sumber perubatan untuk kesihatan manusia. Agar manusia ( kita) tidak lupa kepada Tuhan. Mudahan. Perusahan walit ini menjadi satu titik penting kepada kita untuk menginsafi kebesaran Tuhan. Tuhan bukan satu halangan kepada kita sebaliknya penyelamat yang akan menolong kita. Pemurah yang Maha Boros dengan Nikmat yang kaya dengan Rahmat. Tidak kedekut, Maha mengasihani. Berjayalah wahai orang-orang yang percaya dan Yakin kepada Allah dan hari Akhirat. Wasalam
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.
No comments:
Post a Comment