Monday, 18 October 2010

Betul ke? Ada cacing, Haram. Halal

Semalam ada suara- suara sumbang yang dilontarkan oleh mereka yang mempunyai niat yang kurang baik terhadap usahawan walit dengan mengatakan " Sarang yang dihasilkan di Rumah Walit tidak selamat kerana ada ada ancaman cacing".

Ini tentu sekali satu tomahan liar yang tidak berasas.  Sekiranya kita faham tentang asas burung walit ini.  Tidak mungkin akan berlaku demikian.  Mana tidaknya.. burung ini tidak pernah memijak tanah, hinggap pada pokok, melainkan hinggap ditempat hendak bersarang.  Dan ketahanan kayu meranti amat dipercayai dan teruji susah untuk dihinggapi oleh perasit.  Sebab itulah kita menggunakan kayu meranti- Dan meranti yang dicadangkan ialah meranti merah- meranti bukit.

Jadi.. kepada mereka di luar sana yang kurang arif dan bukan ahli dalam bidang walit, janganlah cuba menabur fitnah dan membesar-besarkan perkara yang kita tidak pasti. Ini kerana ia tiada lain melainkan akan menunjukan kita tidak berilmu dan tidak tahu.

Oleh itu, perbuatan mereka ini kita boleh anggap seperti cuba memasukan pasir ke dalam periuk nasi orang lain.  Hal yang sama apabila ada dikalangan mereka yang " alim" mempersoalan haram halal, sarang burung.  Kiasan paling mudah dan jelas-. ambil lah contoh lebah, kita tidak makan ibu atau anaknya, tetapi kita makan madunya, yang datang daripada mulut serangga itu, hal yang sama dengan burung walit.  Perbandingan lain ada yang mengaitkan dengan penyu dan telur, kita tidak makan ibu penyu tetapi makan telur penyu.  Oleh itu, janganlah kita membuat tuduhdan melulu tanpa kajian dan sekdar dengar cakap-cakap sahaja.

Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus dan halal.  Untuk tujuan perubatan. Malah banyak peten produk layang-layang telah mendapat pengesahan sijil JAKIM.  Oleh itu, tidak timbul soal haram lagi dalam soal perniagaan sarang burung ini.

Antara justifikasi kita apabila mengatakan sesuatu binatang itu halal haram dimakan.. antaranya.. binatang dua alam, binantang bertaring, binantang berbisa, babi dan anjing, binatang menyambar dengan kuku, binantang dilaut yang menyerupai binatang di darat, binantang kesayangan ( terlalu cantik), atau binatang jijik ( jelik) dan Biantang makan bangkai, lain-lain lagi yang kita boleh faham kalau kita belajar. Antara sesetengah mazahab tidak makan binatant seperti sotong dan kerang kerana mereka mengunakan satu saluran untuk makan dan untuk buang najis ( wallahu alam).

Namun dalam soal, burung walit, mereka tidak makan menyambar menggunakan kaki, sebaliknya mengunakan paruh, sama seperti ayam, cuma ayam binatang kecil di bumi. Sebaliknya,... burung layang-layang memakan serangga  ( kecil )di udara.  Dan seterusnya akan menghasilkan air liur untuk dijadikan sarang kepada anak mereka.  Maka yang dimakan adalah sarang ( air liur) bukan serangga tadi.   Maka peranan walit sebagai satu egen yang mengubah serangga ( makanan lain) menjadi satu lelendir yang seterusnya dikumpul untuk menjadi sarang. 

Proses yang sama , kita tidak memakan tanah secara terus, kerana tidak boleh memakanya. Namun kita boleh memakan ubi kayu, keledek, keladi, dan sebagainya yang berada di dalam tanah dan telah diproses oleh tanaman untuk Allah berikan kita makan supaya kita bersyukur kepada Nya. Maka dalam konteks ini. apa sahaja bahan yang kita makan mestilah diketahui punca dan asal usul kejadiannya daripada Allah untuk memboleh kita bersyukur kepdanya dan bukan kufur.  Oleh itu, setakat pengetahuan dan pengamatan saya. tidak timbul soal haram dan membahaya dalam soal memakan sarang burung walit.  Malah kajian telah membuktikan ia kaya dengan serat dan proten yang baik untuk kesihatan manusia.  Maka yakin dan percayalah, kita tidak membuat sesuatu yang bertentangan dengan agama.  Ini adalah satu pelung untuk kita rebut agar kita setaraf dengan mereka yang lain. Wasalam

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

2 comments:

  1. Dan yakin lah.. proses pembersihan / penyucian sarang walit ini dilakukan secara manual, guna kanta pembesar, twiser, ( penyepit halus)...,dan proses-proses lain yang menjadikan ia diyakini bersih dan suci... maka tak perlulah was-was

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum. terima kasih atas penerangan di atas. Saya memeng tak tahu macam mana burung layang2 ni hidup. and saya ada satu soalan

    1) macam mana dengan najis burung layang2 ni? mereka 'membuang' di sarang jugak ke?
    2)kalau yang bertelur tu pastu anak dia menetas, bukan cecair2 tu akan terkena pada sarang tersebut?

    Mohon pihak admin boleh jawab. Sebab sy memang berminat dgn sarang burung cuma ada few things perlu diclarifies.

    Thank you

    ReplyDelete