Friday, 11 March 2011

Wang dari Sumber Najis... Haram dilaburkan




As'salam..

Asalnya blog ini untuk membincangkan soal perladangan burung walit.  Bukan ruangan sembang agama.   Namun sebagai seorang yang menjunjung agama Islam.  Damak terpanggil untuk menyentuh soal ini.  Ini jelas dalam hukum Islam. Hasil Judi, No ekor, Riba, dan sewaktu denganya.  itu dianggap najis dan tidak layak untuk digunakan untuk membina BHW.

Kenapa.. sebab larangan tentang perkara ini jelas.  Maka.. jangan kita buat- buat tak faham.  Pengajaran kepada yang mahu berfikir. Terdapat sebuah kisah yang mahsyur di Bandar Pasir Mas.  Seorang Melayu Islam telah membuka perniagaanya dengan hasil.. .wang toto..,,  Buat supermarket.. tak jadi, kedai plastik tak jadi,. wat kedai makan tak jadi... wat Rumah burung tak jadi.... akhirnya... dijual kepada seorang tokey Cina...., lepas tu terbakar BHW yang dijualnya... lepas terbakar ( dan yang peliknya hanya Rumah burung terbakar).. lepas tokey  Cina tu ubah suai.. barulah burung masuk.. ha ha...

Maksudnya.... Tuhan maha kasih dan merahmatinya lagi.. tidak mahu dia terus memakan hasil wang haram... dan wang haram tadi dihanguskan..
Itulah selayaknya dan taraf najis.. hanya layak dibakar dan dibuang,, tidak layak untuk dijadikan mata pencarian yang halal... maka.. ya.. Fanatik- fanatik jugak.. tapi bukan wang haram.

wasalam.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Thursday, 10 March 2011

Legasi untuk Keluarga dan Duit Pencen- Skim Rumah Walit Pertamaku



Hari ini sampai dua posting Damak post..., tak paa.. kerana ada masanya  dalam satu hari tak ada satu posting pun.  Menulis blog dan artikel bukan macam tulis berita everyday  ada news nak beritahu.  Menulis, apabila ada kelapangan dan ada topik yang difikirkan perlu dan menarik.

Hari ini pun,, terfkir untuk menyeru semua pembaca blog ini.  Supaya merancang kewangan kita dengan bijak.  Maksudnya merancang, Duit atau apa-apa boleh menjana dan manfaat  bukan hanya duit sahaja, malah ganjaraan daripada Allah. S.W.T.


Maka, kita perlu merencanakan hidup kita untuk dua bahagian dan perjalanan.  Pertama .. Dunia ini dan kedua Akhirat.  Walhal.. sebenarnya penilaian markah dan ganjaran Allah berpandukan apa yang kita lakukan didunia ini.


Oleh itu,  pilihlah yang terbaik.. sekiranya kita beperluang untuk membeli rumah.. pada usia yang muda.           (seperti skim  yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang)  Maka gunakan peluang untuk membuat hutang atau pinjaman itu dengan bijak.  Jangan dikaburi oleh kereta2 yang mahal dan kononnya akan menampakan kita siapa?... Kita bukan siapa-siapa.. kita hanya hamba.  Kena ada sifat zuhud dalam diri.. Insyallah



Maka.. gunakan peluang ini untuk melabur dalam skim yang selamat, halal, dan menjana kewangan dengan kadar yang luar biasa.  Tetapi ia bukan MLM atau skim piramid. Ia adalah usaha dan tawakal kita kepada Allah.  Kenapa ?-- sebab kita hanya bangunan... pasang suara ajuk.. tak pernah beri makan burung.. tak pernah buat apa2 dengan sang walit... mereka yang bekerja untuk kita.. maka siapa yang mengilhamkan itu semua.. tentu sekali Allah.


Bagi golongan eksekutif muda... atau orang muda yang dapat duit.. daripada apa-apa sumber yang halal.. maka melaburlah dalam bidang ini.. ia bakal mengubah hidup anda.


Kedua.. golongan yang dah pencen.. dapat duit seketul.. dari KWSP,.. Hadiah saguhati Tentera, Untung Jual Tanah,  Rumah..atau Apa-apa duit yang halal.. melaburlah.. sebab.. kita tidak pernah dengar .. Tanah dan Bangunan akan jatuh harganya.( kerana aset yang stabil dan terhad pemilikkanya).


Dan seterusanya .. mungkin ragu- ragu... masuk ke?... Saranan Damak... pergi kursus dulu.. cari ilmu dulu... cari maklumat dulu dan baru komen!!!


Namun yang peliknya...Ada ramai dikalangan eksekutf muda.. yang sanggup meminjam sehingga RM 20K untuk satu skim atau sistem jualan langsung "XX-X".  Paksa kawan-kawan  beli.. hingga boleh katakan semua rumah Cikgu, dan eksekutif muda  di Malaysia ada produk tu.. ( Rumah Damak pun ada gak tapi kawan bagi free. Dia kata malas nak jual.. tak reti. ha ha ) dan lihatnya hasilnya dan kesannya.. pasaran sudah tepu...  DAripada dulu lagi memang Damak anti kepada MLM... tak payah datang kat Damak lah kalau MLM--Damak anti.. kerana ia memeras dan mengutamakan sistem berbandingan dengan produk. Inilah antara.. sebab Damak menceburi BHW. .sebab ini adalah real bizz.. bukan "cubaan", bukan tipu.. ia adalah satu usaha perladangan yang profesional dan sah menguntungkan.


Keputusan ditangan pembaca semua,  Ini adalah untuk legasi keluarga dan duit pencen anda.  Bebas daripada PTPTN.. boleh taja anak-anak belajar sendiri.. dan sebagainya.  Sistem MLM tak layak untuk dibandingkan dengan perniagaan Sarang Burung Walit.  Kerana mereka berada di alam yang berbeza.  Sesiapa yang membandingkan sistem MLM atau jualan langsung dengan perladangan Burung Walit... ada yang tak kena pada pertimbangannya.

Menyedari pontensi yang sebegini besar.. Maka kerajaan menubuhkan satu unit khas dibawah Veterinar.  Nak tanya ada tak unit khas untuk MLM dibawah agensi kerajaan?.. Damak terkilan apabila ada mereka yang " bijak" membandingkan pelauburan dalam BHW sama seperti  pelaburan MLM.... mudah- mudahan pembaca digerakan hati untuk melakukan perubahan hidup.


Wasalam..


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Memilih Timer Terbaik ( Tahan Lasak)

Kepada yang telah memiliki BHW mereka tahu apa gunanya Timer.  Terdapat banyak timer yang dijual dipasaran. Ada yang  Manual, digital, dan semi automatik.

Huraian tentang perkara ini ada Damak jelaskan dalam PRPBW  ( Panduan Rinci Perladangan Burung Walit).

Contoh timer

Murah.. tetapi tidak tahan lasak


Sokong... Jangan beli Thumb Down.



Boleh guna... tetapi kalau bekalan elektrik terputus... jenuh kena setting semula... lari habis setting. ( sabar aje lah)



Yang inilah paling ok setakat ini... tak melibatkan bekalan elektrik, menggunakan spring,  mudah untuk dikawal.. - (Recommend) 




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Monday, 7 March 2011

Janji Allah dan Janji Manusia

Terfikir untuk Damakt menulis tentang tabiat kita sebagai manusia.  Kita akan mula rasa terharu ,bangga dan mula rasa istimewa apabila kita dihargai.  Seorang pekerja akan berasa bangga sekiranya sebelum ini, dia hanya diberikan sebuah meja tanpa komputer dan sekarang diberi komputer.  Kemudian, akan menjadi bertambah suka dan gembira apabila diberikan sebuah bilik persendirian dan seterusnya sekiranya dia membawa kereta dia akan berasa amat senang hati apabila segala keperluan dan kehendaknnya dilayan.  Sehingga hal-hal yang tidak penting sebelum ini sudah mula menjadi penting  bagi dirinya.  Ini kerana telah banyak kemudahan asas  diperolehi. Amat terharulah dia sekiranya diberikan satu petak khas untuk kenderaannya.  Dan mungkin juga akan melatih dia mula meminta-minta perkara-perkara yang tidak penting sebelum ini kononnya ia menjadi keperluannnya.

Ini semua adalah lumrah makhluk dan kesukaan yang kononnya akan menjadikan dia lebih bersemangat dan bermotivasi untuk membuat kerja dan jadi lebih efisyen katanya... ha ha

Memang, Allah telah menjadikan asal kejadian manusia kasih kepada dunia dan sukakan hadiah.  Oleh itu, Islam menggalakkan kita mengamalkan budaya memberi hadiah sesama muslim ( bukan rasuah).  Hadiah diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Berbeza dengan rasuah memberi atau menerima sesesuatu untuk melepaskan sesuatu yang menjadi amanah bagi diri penerima tadi.

Damak tertarik pula untuk menyentuh soal janji Allah, anugerah Allah.  Terdapat satu hadis mengatakan bahawa Allah akan menyediakan satu taman di syurga untuk setiap langkah seorang muslim ke masjid.  Namun, kesan gembira kepada janji Allah ini nampaknya tidak semeriah janji manusia yang memberikan kemudahan yang bersifat sementara.  Lumrah manusia dan lumrah makhluk yang suka kepada hal-hal  bersifat impirikal..  Tetapi fitrah ini harus dididik dengan iman dan taqwa agar ia memandu kepada hidup yang sempurna.

 Berjalan ke masjid untuk solat berjamaah sangat besar ganjarannya.  Ini janji Allah kepada kita.  Satu taman disyurga untuk setiap langkah. Sama seperti Allah telah menyediakan satu tempat parking disyurga untuk kita.  Ini mungkin boleh kita samakan seperti Boss menghadiahkan tempat parking istimewa kepada kita ditempat kerja.   Soalannya.. Adakah kita bangga dan berebut atau bersyukur dengan  janji Allah kepada manusia?.   Jawapannya hanya kita yang tahu!.. seruannya rasa selamatlah dengan Islam. dan syariatnya.

Falsafah ini sama, jika panjangkan dalam hal  Seekor burung walit akan lebih rasa damai dan selamat sekiranya kita menyediakan VVIP room untuk mereka.  Tempat dan suasana yang selesa ini akan menjadikan mereka terhibur dan insyallah akan menghasilkan sarang dengan lebih cepat dan bermutu.  Ini adalah janji fitrah Allah kepada makhluknya.  Maka kita harus beriman dengan janji ini kerana ianya daripada Allah yang disimpulkan melalui pemerhatian manusia.. Maka cuba lah... buat VIP room dengan jarak minimum 4x4 m atau 12 kaki.. Dengan lembap dan gelap. Ia akan banyak membantu!!!

Nampaknya burung pun suka dihargai.,!!! dan sifatnya sangat setia dan tidak melampaui batas.. kerana Allah tidak suka mereka yang melampaui batas ( sama ada jin atau manusia). Wallahu ' alam.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

China richest man says work key to easing poverty

AFP - Monday, March 7



The chairman of the Wahaha Group, Zong Qinghou, makes a point during a press conference in Hangzhou, Zhejiang Province, in 2007. China's richest man Sunday rejected criticism that the rich have done little to help the country's millions of poor and said hard work was the key to lifting themselves out of poverty.


BEIJING (AFP) - – China's richest man Sunday rejected criticism that the rich have done little to help the country's millions of poor and said hard work was the key to lifting themselves out of poverty.


China has struggled to spread its wealth evenly among its 1.3 billion-strong population and the widening wealth gap is at the top of the agenda of the country's annual parliamentary session which opened Saturday.


"The most important thing we can do is teach them (poor people) how to help themselves and help them get rich through hard work," Zong Qinghou, the founder of China's largest soft drinks maker Wahaha, told a news conference.


Zong, who leapt 11 places to top the Hurun Rich List in 2010 with a fortune of $12 billion, is one of nearly 3,000 delegates to the National People's Congress (NPC) meeting in Beijing.


"In the 30 years since reform and opening up, people's living standards have increased greatly but our goal is to make them even better," the beverage tycoon told reporters.


Over the next five years "we will attach even more importance to (income) distribution and further reduce the wealth gap."


Wahaha, which is based in the eastern city of Hangzhou, gave its workers a pay rise every year and had built factories in poor regions to "create job opportunities and help local economic development", Zong said.


Companies should "first create wealth for society and let the workers get rich first."


"If they have strong conditions and more economic power, they can do more charity work."


Zong praised government efforts to improve the country's social safety net and boost wages which has allowed people "to dare to spend money."


"Now we are proposing to expand the distribution so incomes can be further increased," he said.


China's Premier Wen Jiabao said Sunday that the country aimed to "basically eradicate poverty" within less than a decade.


Wen told an NPC panel that a 10-year poverty reduction plan running until 2020 would substantially raise China's poverty threshold, currently set at about $0.50 a day, the state Xinhua news agency reported.


Xinhua added that 150 million Chinese live on less than $1 a day.


In his opening speech to the rubber-stamp parliament on Saturday, Wen had said that addressing the "large income gap" dividing rich and poor was a key priority for the next five years.


Despite the yawning wealth gap, Zong rejected criticism that China's rich had done little to help the millions who still live in poverty despite rapid economic growth over the past three decades.


"Chinese companies are more philanthropic than foreign companies," he said. "Every time there is a major natural disaster they contribute money."


A banquet for China's super rich hosted by Bill Gates and Warren Buffett last September sparked debate about Chinese philanthropy and there were reports that wealthy invitees had been reluctant to attend.


The Global Times said in a commentary piece that philanthropy was still in its infancy in China and was "not popular among Chinese business people".


Zong admitted he did not go to the dinner but said he was busy that night.


Source: Yahoo news.





Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Saturday, 5 March 2011

Harga Barang Binaan Semakin Mahal....tetapi

Salam.. hari ini..secara rasmi Damak melangkah masuk dalam bidang pembinaan rumah burung  ( BHW).  Kami  menawarkan satu harga pembinaan BHW.. mampu milik.

Buat masa ini.. kami akan cover seluruh area Kelantan khasnya . Dengan Harga  yang cukup menarik sekitar RM 70 hingga RM80 sekaki ( bergantung kepada lokasi)... mengiku ktonsep jimat, berkesan,  cepat dan insyallah berkat.  Buat masa ini. Kami dalam proses memajukan sebuah BHW di Tumpat dengan harga Saiz 20X30.  Tinggi 30'.

Berminat boleh hubungi Damak.   Bangunan ini menggunakan Bata Ringgan.  Khas kepada Warga Pasir Mas  Tanah Merah, Kota Bharu, Jeli, Rantau Panjang, Tumpat, dan kawasan sekitar dalam lingkungan 50km.. Diskaun menarik untuk anda.  Dengan Harga barang Mentah yang mahal sekarang.  Pembinaan BHW memerlukan perancangan dan pengurusan kewangan yang berhati-hati.

Selamat Maju Jaya untuk Semua.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Thursday, 3 March 2011

Mengapa Mereka Takut!!!

Beberapa hari lepas.. Damak menunjukkan buku yang bakal diterbitkan kepada seorang kenalan yang memiliki  Gedung Menjual, Memproses, Membina BHW tershohor di Kelantan.  Syarikat beliau merupakan syarikat yang terawal ditubuhkan di Kelantan.  Pernah berberapa kali masuk TV3. dan impak terbesar apabila berlangusngnya pameran Cheng Ho di KB dulu.  Beliau telah berjaya memasuki pasaran Tanah Besar Negara China dengan Mudah dan perniaggannya berkembang dengan pesat.

Kesemua buku- buku yang terdapat di Gedungnya  ditulis dalam Bahasa Mandarin. serendah RM15.00 dan dalam bahasa Inggeris berharga RM 245.00.  Pada saat itulah.. Damak terfikir,dan mendorong untuk menulis buku dalam Bahasa Melayu.  Dan cuba-cuba mencari kalau--kalau dia sudi menjadi pengedar buku Damak yang pertama  dalam Bahasa Melayu.

Dan dalam masa yang sama Damak menawarkan sewaan ruang iklan di halaman buku dengan harga lebih kurang 2 kilo Sarang burung Gred A. Dia pada mulanya nampak bersetuju dan agak berminat.  Namun setelah dia melihat kandungan buku.  Dia bertanya kepada Damak. " bakpo tulis belakonya" nanti buku kedua. dan ketiga demo nak tulis gapo?.. Maka Damak terfikir sendiri dalam minda... ya.. aku tahu ke mana hala tuju perbincangan hari ini."... akhirnya  beliau nampak seperti bersungguh mencadangkan dan seperti dia merayu meminta Damak menulis kandungan di dalam buku Damak secara berperingkat dan berkerja dengannya.
" Damak senyum" dan memberikan peluang kepada  beliau menghabiskan ayat-ayat akhir.. dan Damak berkata... itu.. bezanya demo dengan kawae, kawe tulis untuk ilmu, bukan tulis untuk sembunyikan ilmu".. kawe tulis atas dasar berkongsi maklumat.. dengan percaya dengan  ajaran Nabi. .mengatakan apabila ilmu itu dikongsi.. ilmu kita akan bertambah".. dan .  Beliau mula menakutkan Damak dengan mengatakan .. buku ini tidak mampu dijual kerana pasaran terhad..Dan .. Damak berkata...

Ambo telah mendapat persetujuan daripada MPH, Popular, dan SMO  bersedia dan berminat dengan buku Damak,... hanya tunggu masa cetakkan siap sepenuhnya. Dan Damak akan promosikan ilmu ini.. di www.waletgroup.blogspot.com dan www.damakswiftlets.com

Setelah beliau mendegar.. Damak berkongsi.. ilmu ini di internet.. maka beliau berkata " lor ni.. demo blok belaka blog.. tak soh tulih internet"... sebab demo tak leh cari duit lagu tu.. " ikut cara kawe.. baru boleh cari duit"..  Maka Damak tau.... kami berada pada haluan yang berbeza.. Damak senyum dan tidak kata apa-apa!.

Falsafah mencari ilmu dan mengajar ilmu.. dan mencari keuntungan... Damak percaya.... sekiranya kita mengejar bayang- bayang .. kita akan kehilanganya apabila hari malam.. dan pada waktu itu kita...kecewa.. Namun... sekiranya kita mengejar matahari... apabila kita mendongak ke langit.. kita akan dapati bayang-bayang akan berada di bawah tapak kaki. maka pada waktu itu.. kita akan menakluki Alam Maya ini ... kerana ia Maya...

Wasalam.





Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Wednesday, 2 March 2011

Susan Boyle " Pengajaran kepada Persepsi Negatif Manusia"


Sebelum

Semasa kemunculnya sulungnya di dalam rancangan Britain's Got Talent 2009 Episode 1, semasa juri bertanyakan soalan- soalan kepada beliau ..sebagai  keturunan scotland.. Susan menjawab dengan nada yang kasar dan berkata.. dia mahu menjadi popular seperti............  ( ah Damak lupa apa nama penyanyinya).

Semua juri dan penonton ketawa.. kerana kelihatan mustahil.. jika dinilai dengan gaya dan penampilnya dan cara gasarnya.. ia sesuatu yang melucukan.  Siapa sangka?

Namun dia saat dia membuka mulut menyanyikan lagu pilihannya... semua orang terpegun.. terasa malu pada diri sendiri atas persepsi negatif yang dilontar sebentar tadi.. mereka menjadi serba salah.. dan rasa ego diri mula cair dan terpakasa memaksa diri untuk menghadiahkan satu tepukan gemuruh dan air mata terharu.  Semua juri memujinya dan semua rasa tertipu dengan diri sendiri.


Mungkin itulah tempelak yang dapat dirasakan oleh pihak yang dahulunya memandang serong dan merendah-rendahkan peminat BHW.  Mereka satu hari akan akur dan pada saat itu mereka akan berkata.. kenapa aku baru hendak bermula.... kenapa aku tidak sedar.. Namun tiada istilah lambat.. bermulalah.. kita semua belum terlambat sebelum matahari naik sebelah barat.





Selepas..


Apa yang perlu beliau lakukan adalah bersabar dan menerima tomohan masyarakat sekitar.  Sekarang beliau dikagumi.. lihat bertapa "pelik" manusia...


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com