Sunday, 6 February 2011

Harga Sarang Walit Mahal semasa musim Tahun Baru China

Semalam ada seorang teman seperwalitan bertanyakan kepada Damak... betul ke.. Harga sarang walit mahal sekarang ni. Maka Damak bertanya... apa yang awak tahu?.  dia kata.. dia mendapat maklumat harga Sarang burung jatuh sekarang.

Damak. kata.. itu agak pelik!.. kerana biasanya.. ramai pengusaha akan buka balik stock sarang-sarang walit yang disimpan sebelum ini untuk dijual sekarang kerana harganya lebih menarik!...Itulah kebiasaanya.. belum pernah terjadi lagi semasa CNY.. harga sarang burung jatuh.  Jadi , dia mungkin mendapat maklumat yang salah.. atau pun telah dimanupolasi oleh pihak tertentu.

Ini.. lah pentingnya kita ada koperasi... untuk menjaga kebajikan Ahli... wasalam


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Tuesday, 1 February 2011

Apa lagi yang perlu kita tahu tentang Walit

1)Pertama burung duit,
2) Maka adakah segala-galanya tentang Duit
3) Kesihatan
4) Gaya hidup
5) Maruah
6) Kepentingan diri, agama, negara dll.

Daripada enam senarai sumbang saran sendirian.  Damak terfikir.  Faktor utama tercetusnya industri Burung Walit,. kerana faktor kehidupan manusia berkaitan dengan kesihatan.

Khasiat burung Walit diketogerikan sebagai makanan Mewah.  Setaraf dengan kereta Ferari atau apa-apa sahaja yang berkaitan denganya.

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan anak bongsu kepada F1 Ferari sanggup membelanjarkan RM 280 juta untuk membeli sebuah rumah yang bersesuaian untuk membela lima ekor anjing kesayangannya.

Sekiranya anjing boleh dimasukkan dalam pertimbangan  orang kaya dalam membeli rumah.  Inikan pula soal kesihatan diri dan kecantikkan.  Tentu mereka sanggup membelanjakan lebih ratusan juta ringgit.

Khasiat burung walit.. terkenal dengan  nama jolokan " egen kecantikkan". Yang boleh merawat keremajaan seseorang.  Dan kesannya boleh dilihat dalam masa yang singkat.  Alangkah menarik dan pemurahnnya Tuhan yang telah menciptakan emas hitam untuk manusia.

Tunggu sahaja kita meneroka bidang ini untuk dijadikan satu punca pencarian yang halal.    Dan halal ini.. telah disahkan oleh JAKIM dalam muzakarrah Fatwa ke 79 pada tahun 2007 yang mengharuskan pemakanan sarang burung walit.

Maka bersyukurlah.. binalah  Sarang Walit kerana ikhlas mencari keredhaan Allah.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Thursday, 27 January 2011

Lelaki Mesti ada Hobi dan main-main ( permainan)

Allah telah menetapkan sebaik mungkin kejadiannya Manusia lelaki,  Insan pertama yang dicipta daripada Tanah dan akhirnya kepada Tanah mereka akan kembali.  Makanannya daripada Tanah, tinggal di atas tanah, dan ditanam di dalam Tanah.

Lalu, sebagai manusia pertama yang diciptakan Adam. Kesunyian.  Segalanya datang  daripada Allah. maka kita hanya menerima sebab dan akibat itu seadaanya.  Dengan Rahmatnya.. diciptakan pula Hawa sebagai peneman setia Adam dikala kesunyian dan akhirnya.. membentuk satu kehidupan dunia yang sangat kompleks.

Asal... kejadian lelaki mewarisi kesunyian Adam.  Mereka akan lebih suka bermain-main dan banyaklah permainan di reka-reka.  Akhirnya lah pelbagai olahraga dan sukan yang menjadikan mereka terhibur dan ketawa.  Lalu,.. terbit pula pelbagai hobi dan kegemaran terhadap sesuatu  ciptaan.  Sama ada ciptaan semulacipta Allah ataupun rekaan manusia.

Setiap lelaki mempunyai kegilaan dan minatnya sendiri.   Dan Damak sendiri minat dan hobinya kepada burung Walit.

Melihat walit terbang... memahami walit bersarang, memahami walit merajuk, memahami walit memujuk dan menaggis.  Ia memberikan satu perasaan yang berbeza.   Perladangan walit bukan setakat mencari keuntunagan daripada menjual sarang.  Ia lebih kepada hubungan memahami makhluk Tuhan.  Dan akhirnya kita menemui titik persilangan yang jelas kenapa semua ini diadakan!.. Hanya untuk sebuah ujian dan Maya untuk menguji keimanan.  Maka DAMAK itu harus diserasikan = Dunia Alam Maya Akhirat Kekal.

Dengan hobi, perniagaan, dan malah dengan segala seluruh perbuatan kita.. mengaitkan kita tentang kebesaran Tuhan.  Maka eloknya medium Walit bukan hanya untuk mengetatkan Wallet tetapi untuk menjadikan kitaa Ummah yang Wassatan.  Walaupun dalam permainan.. sekiranya membina BHW hanya untuk dijadikan satu hobi.

Ya.. minat dan hobi. namun dorongan dasar kepada hobi dan minat tadi ialah  apa ?.. adakah $$$$.. atau ????? atau _____.

Dengan ada nya BHW, ia akan mula merebak kepada beberapa pelusuk kehidupan beragama yang lain.. merangkumi.. mualamaatnya, syariat, dan sosial... dan sebagainya.. akhirnya. Lahirlah individu yang beriman.

Wah., Indah impian!!!



Namun pendek cerita Damak.. lelaki mesti ada hobi.. si Isteri.. jangan sekali-kali menghalang hobi suami yang halal dan tidak memudaratkan.



Kerana mungkin dalam hobi tadi mereka akan menemui kehidupan dan kesedaran keimanan.   Dan tidak kurang juga mungkin nanti.. . mereka akan menemui maksiat.. sekiranya hobi tadi berunsur maksiat.   Sebagai contoh main golf... pernah cuba-cuba nak dekati.. namun.. dapat tahu.. golf ni mereka bertaruh ( judi)... Hobi menembak.. Daftar dengan lapang sasar untuk menembak lebih baik daripada main golf.. walaupun menembak ini agak mahal..


Namun.. kedua-dua hobi tadi.. melatih kita fokus dan bertenang sebelum membuat keputusan/ pilihan.  Ini melatih kita lebih yakin dan belajar mengenal / mengawal diri.


Perlukan keyakinan dan ketenangan sebelum menarik pincu..


Bukti.. latihan.. ketenangan dan fokus


Maka berdialog lah seorang lelaki dan suami yang pintar seperti di bawah:

Namun.. kita orang miskin.. tak ada senapang.. tak ada  "stick" golf tu.!!!,, adakah itu halangan untuk kita berlatih fokus dan membuat keputusan.  Apa susahnya " main lastik".. kutip anak batu tepi jalan... lastik
burung hantu.. yang mengacau  rumah burung walit".. Jadi hobi jugak tu!... yang penting boleh fokus sebelum wat keputusan.. atau main "dart".. atau dalam bahasa melayu.. main Damak.  Fokus jugak tu.. ha ha.


Lastik


Dart
Dart



Lastik tupai..!


Polis Sri Langka Lastik Perusuh...


Jadi tiada halangan untuk fokus., fokus kepada masalah dan jangan lupa telekaitnya dengan Allah.  Apabila, Telekaitanya dan puncanya sama.. maka senang kita mencari jalan penyelesaiannya.

Wasalam.

Selamat bermain Damak atau Lastik"




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Sunday, 23 January 2011

Soal modal atau Soal Sikap ?


Memang sudah menjadi mentaliti "orang kita".  Ketuanan Melayu, Negara Islam, terunggul menjadi contoh dunia.  Adakah itu perlu kita hebahkan di dalam akhbar semasa.  Sentiasa dihebahkan.. Menjadi contoh kepada negara Islam lain. Walhal.. adakah itu benar.. atau hanya satu retorik untuk memerangkap minda.

Akhirnya, akhbar dan media mula menjadi satu alat dan senjata untuk mengubah minda masyarakat.  Hingga saat  ini kepercayaan kepada akhbar mula dipersoalkan.  Maka blog dan tulisan ikhlas dari hati rakyat secara individu mula menjadi tumpuan dan ia mula merebak ke dalam facebook, blog dan apa sahaja tulisan diinternet.

Maka terpanggil untuk Damak menulis satu soal yang agak berat dan besar iaitu soal sikap.    Ramai mengatakan untuk memulakan sesuatu, kita mesti ada modal, mesti ada peluang, mesti ada sesuatu.  Ya,, itu benar... namun kita tidak perlu ada semuanya untuk memulakan sesuatu, cukup dengan mempunyai ilmu dan peluang.  Modal, boleh diuruskan kemudian, dicari dengan kebijasanaan akal dan ilmu.

Modal, hanya satu elemen kecil yang hadir setelah kesedaran dan keyakinan menapak kukuh di hati.  Damak pernah menulis kisah bagaiman seorang ayah yang bercita-cita untuk menjadi peraih getah.. Perjalanan kisah benar beliau daripada seorang driver, mengikat perut, mengambil hati orang dalam lembaga getah Malaysia, berurusan yang banyak "red tape" dengan bank kerajaan.  Akhirnya  berjaya menjadi seorang peraih getah dengan pendapat RM3000.00 sehari.  Berbalio... usaha beliau, bagaimana untuk mengambil hati orang dalam.. terpakasa masuk hutan, menahan jerat, pelanduk, rusa, landak.. semata-mata untuk " menghiburkan hati dan rasa tamak mereka yang tidak bertannggungjawab akhirnya barulah dapat lesen untuk membeli getah.

Soal, modal datang kemudian, soal.. peluang kehendak dan kesedaran yang bersungguh-sungguh.. menjadi kunci utama sesebuah impian.  Kata syair Arab " Manja'da.. wa'jada ".. berusahalah.. insyallah kamu akan berhasil.  Dan berdoalah kerana doa itu senjata bagi kita orang Islam.

Maka,  soal yang  Damak kemukakan dalam Blog ini, bukan soal. membina sebuah negara Islam yang hebat, ketuanan Melayu atau kita mesti menjadi contoh kepada negara-negara lain.  Damak hanya orang kecil dan suka menulis soal-soal kecil. Soal yang ingin Damak katakan.. kita harus mengubah sikap dan pandangan kita terhadap isu-isu "kecil" seperti modal dan lain-lain.  Soal yang besar bagi Damak yang hendak dikemukakan di dalam Blog yang kecil ini.. ialah soal sikap dan kehendak diri.

Maka.. apabila seorang Pak Guard di Masjid bertanyakan kepada salah seorang peserta yang menghadiri seminar burung.  Hendak pergi mana?. dan mereka menjawab hendak ke Seminar Burung Walit.  Maka Pak Guard yang" pandai" ini terus mencantas minat mereka dengan mengatakan... " tak payah gi laah.. kalau tak ada ratus ribu.. tak leh buat".. maka itu lah sebenarnya halangan pertama yang perlu Damak ubah menerusi blog ini.

Namun sayang sekali, Pak Guard itu.. mungkin tidak dapat membaca blogspot ini. Itu menjadikan dia seorang  Pak Guard.. Walaupun mungkin memiliki tanah warisanberekar-ekar namun tidak dimafaatkan.  Setidak-tidaknya dengan ilmu.. dan dengan pendedahan menerusi blog-blog di internet., Pak Guard tadi.. bukan setakat melakukan amal dengan menjaga masjid.. tetapi jauh lagi dengan boleh membina masjid.  Maka itu, lah nanti kekuatan yang kita akan dapat apabila kita berjaya melepasi halangan dalam diri kita.

Maka tidak perlu sebuah media yang hebat  dan besar untuk mengubah masyarakat dengan kempen kesedaran, tidak perlu TV bersaiz gergasi.. Mungkin apa yang kita perlukan adalah usaha dan perancangan yang rapi untuk menyebar suburkan maklumat ini ke akar umbi.  Dan Media yang paling berkesan adalah mulut masyarakat kita.  Hebahkan maklumat ini ke setiap penjuru dunia.. daripada tukang sapu, pak guard masjid, hingga ke Barrack Obama.. agar nanti,, kesannya nanti memberi impak besar dan positif kepada semua..

Wallah hu alam.




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Berkongsi maklumat!!!

Kepada rakan-rakan seperwalitan.. yang ada masalah dan cadangan dan ingin mendapatkan. Maklumat tentang burung walit..Anda semua dialu-alukan untuk berkongsi maklumat secara online atau offline atau call saya.

Tapi Janganlah call waktu maghrib dan larut malam.  ha ha...


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Rumah pengasapan Tembakau kepada Sarang burung

Hari jumaat lalu ada kesempatan melawat satu tempat yang bakal diusahkan BHW, di Pasir Putih.
Tempat yang menarik untuk dijadikan industeri burung walit.

Tahniah kepada En Mahmood kerana membuat piihan yang tepat untuk membangunkan BHW ke atas rumah  tembakau yang tidak beroperasi lagi.

Keluasan 20X80 dan ketinggian hampir 19 kaki,.. sudah cukup sesuai untuk perkampungan burung walit yang baru.

Mudahan..., usaha beliau berjaya.!!!...

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Wednesday, 19 January 2011

Kedudukan Monkey House ( Rumah Monyet)

Salam,

Kita memanggilnya dengan pelbagai nama.  Ada memanggil rumah monyet, ada dipanggil lubang masuk, ada memanggilnya " Pintu Anjing dan lain-lain.

Namun secara mudah... apabila bercakap tentang lubang masuk ini.  Kita  boleh menetapkan  setidak-tidaknya tiga  cara.

1) Atas tepi sebelah kanan bangunan
2) Atas tepi sebelah kiri
3) Atas tengah bangunan

Setiap rekabentuk ada keistimewaan tersendiri.  Ia bergantung kepada pemilihan dan kesesuaian dan  tabiat burung dikawasan itu.

Ada beberapa ketetapan asas yang perlu di ambil kira dalam menetapkan pintu lubang masuk

1) Cahaya matahari ( maksudnya timur barat)
2) Arah burung pulang ( arah angin)

Ciri-ciri ini penting untuk diketahui untuk menjadikan usaha kita memikat walit lebih berkesan dan jitu. Insyallah huraian lanjut tentang perkara ini Damak akan muatkan di dalam e-book pertama Damak tentang burung walit dijangkakan akan mula di jual March nanti. Wasalam


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman  pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Tuesday, 18 January 2011

Kertas Kerja Burung Walit- Pinjaman Agro Bank

Salam,

Semalam ada seorang sahabat telah mendapatkan Damak satu proposal untuk pinjaman Agro Bank.  Dia telah menjual dengan RM 100.00 proposal tersebut.  Pada mulanya rasa macam berat. Namun setelah dilihat. Agak berbaloi untuk dijadikan panduan. Lengkap dan telah diluluskan sebelum ini..  Oleh kerana Damak telah membelinya.  Maka sesiapa yang berminat boleh dapatkan daripada Damak dengan harga yang sama.

Proposal ini, secara umumnya untuk pinjaman 100k ke atas.  Dengar maklumatnya secara tidak rasmi.  Kerajaan telah meluluskan sebanyak 137 juta untuk industri ini menerusi Agro Bank mengikut terma dan syarat rujuk Agro bank lah syarat tersebut.

Pertambahan hampir 1 kali ganda berbanding sebelum ini kerana pada tahun lepas Kerajaan hanya peruntukan sebanyak 67 juta sahaja.   Jadi.. tunggu apa lagi.. cepat!!! lah..



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com