Wednesday, 19 January 2011

Kedudukan Monkey House ( Rumah Monyet)

Salam,

Kita memanggilnya dengan pelbagai nama.  Ada memanggil rumah monyet, ada dipanggil lubang masuk, ada memanggilnya " Pintu Anjing dan lain-lain.

Namun secara mudah... apabila bercakap tentang lubang masuk ini.  Kita  boleh menetapkan  setidak-tidaknya tiga  cara.

1) Atas tepi sebelah kanan bangunan
2) Atas tepi sebelah kiri
3) Atas tengah bangunan

Setiap rekabentuk ada keistimewaan tersendiri.  Ia bergantung kepada pemilihan dan kesesuaian dan  tabiat burung dikawasan itu.

Ada beberapa ketetapan asas yang perlu di ambil kira dalam menetapkan pintu lubang masuk

1) Cahaya matahari ( maksudnya timur barat)
2) Arah burung pulang ( arah angin)

Ciri-ciri ini penting untuk diketahui untuk menjadikan usaha kita memikat walit lebih berkesan dan jitu. Insyallah huraian lanjut tentang perkara ini Damak akan muatkan di dalam e-book pertama Damak tentang burung walit dijangkakan akan mula di jual March nanti. Wasalam


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman  pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

No comments:

Post a Comment