( fikir-fikirkan )
Setelah hampir 6 bulan terlibat dalam dunia research dan akademik., Damak mula melihat satu aspek yang lebih panjang dan jauh ke hadapan. Bagaimana agak- agaknya masa depan Industri Burung Walit bumiputera?.
Isu yang Damak cuba kupas secara ilmiah di dalam penyediaan laporan kepada UMK nanti. Adakah Usahawan Burung Walit berdaya saing?. Berapa lama mereka boleh bertahan?, Apakah langkah-langkah yang telah diambil atau dirancang untuk mengekalkan keterlibatan atau kestabilan mereka dalam industri ini?.
Cabaran sikap masih menjadi soal pokok yang cukup penting. Sikap bersaing dengan sesama pengeluar, sikap mengambil jalan pintas, sikap kurang tekun berusaha, dan tidak dapat mengerakkan persatuan atau kesatuan dengan cara yang baik. Maksudnya, ilmu pengurusan persatuan dan ilmu pengurusan perniagaan.
Hal- hal ini... akan Damak cuba buktikan dengan kajian dan pemerhatian yang mendalam. Masih panjang perjalanan industri ini. sekiranya di Indonesia.. mereka boleh bertahan sehingga generasi ke 7 sekarang, namun di Malaysia. belum sampai atau habis satu generasi.. industri ini sudah bermasalah dan tidak dapat mengekalkan harga seperti sebelum ini, kenapa?.. adakah kerana pengelibatan kerajaan atau campurtangan pihak lain.. seperti kongsi gelap dan sebagainya.. Ya.. kajian nanti tidak mampu menyelesaikan masalah negara, namun mungkin cukup untuk memberikan gambaran dan senario tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam industri walit bumiputera.
Beberapa andaian... yang hampir terbukti boleh dijadikan sandaran ,,ilmu dan maklumat bersifat dinamik dan sentiasa berubah. Dalam konteks keadaan sekarang, industri burung walit.. tidak serancak dulu.. kerana harganya.. namun ia masih lumayan jika dibandingkan dengan getah dan komuditi lain.
Cara paling selamat untuk terlibat dalam industri ini, ialah tidak menjadikan ia sebagai satu industri utama sebaliknya secara sampingan. Maksudnya.. dalam keadaan sekarang.. adalah kurang bijak untuk membuat pinjaman bank dan mengharapkan hasil pulangan untuk bayaran kepada pinjaman tadi, melainkan kita mempunyai kawasan yang terbaik dan lubuk emas walit... ini kerana faktor harga telah menarik ROI kepada satu jangka masa yang lebih panjang.
sekian dulu..
wasalam
Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Salam..bang..saya nk tumpang tanye ni ^^..kawasan pokok getah sesuai tak utk buat rumah burung walit?? Boleh tak bg senarai harga rumah brg walit..harap abg balas :-)
ReplyDeletewasalam, kawasan pokok-pokok yang ada makanan walit sesuai utk bina RBW. Harga RBW skrg kalau kira mudahnya kosnya RM 55.00 sekaki, katakan .. kita nak buat 20 x 60 x 3 (tingkat) x RM 55 = RM 198k..
Deleteitulah sifirnya. TQ
Assalamualaikum. Encik. Bagaimana cara penuaian sarang burung pada masa ini?
ReplyDelete