Salam,
Damak pada peringkat awal tidak berminat untuk menjual suara. Ada beberapa sebab yang memungkinkan Damak berpandangan demikian.( akan dijelaskan nanti) Tetapi apabila dirayu dan dipinta beberapa kali. Maka, Damak mula melihat aspek lain. Pertama menolong, berkongsi, dan melihat keikhlasan hati.
Ada beberapa sebab kenapa Damak kurang berminat nak jual suara .
1) Pembeli tidak semestinya ada Rumah Burung
2) Suara akan di rename dengan nama baru atau nama lain yang popular sehingga menjejaskan nama asal suara itu. -Dan ini menipu namanya. Dan ini akhirnya menjadikan semua peladang akan terkeliru dengan suara yang sama tetapi nama lain-lain. Dan
akhirnya nanti.. suara yang kita beli..merupakan suara yang telah kita ada.. atau kita jual dulu.. cuma nama aje lain kerana telah diletakan nama berbeza
3)Indentiti suara asal akan hilang. Dan kredit kepada pengubah suara itu lenyap.. Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada pengubah suara sama seperti kita memberi penghargaan kepada Juara Lagu, atau anugerah OSCAR . Ini kerana mereka telah menyumbangkan satu faktor penting kepada BHW kita.
4) Maka anugerah ini harus dijaga dan tidak boleh dikongsi secara sembrono. Apalah sangat harga RM 200 hingga 300 suara atau set suara dengan hasil ( insyallah ) yang bakal dinikmati.
5) Damak ada menjelaskan faktor kepentingan suara dalam e-book, Namun itu tidak sepenting lokasi yang meyumbangkan 90 % kepada keberhasilan BHW.
6)Penjual suara seperti mengambil kesempatan ke atas kegagalan mengawal emosi peladang BHW yang baru kerana kegilaan mereka kepada suara
Antara Soalan interview Damak
1) Ada BHW ke?
2) Dah siap ke ?
3) Berapa lama dah siap?
4) Sekarang pakai suara apa?
5) Suara sekarang ni .. macam na respond
6) Boleh buka suara yang ada tu atau pasang?- kalau sama.. tak jual ( tak payah beli)
7) Kalau suara yang awak beli daripada saya tak menjadi... macam na?- Jangan kata Damak tipu pulak!
8) Jangan re-name suara, biarkan dia dengan nama asal supaya lebih senang semua peladang walit mengenalinya.
Maka.. sesiapa yang dapat suara Tok Gawa tempoh hari.... jangan re-namekan dia... nanti anda semua akan tertipu dek perbuatan sendiri.
Dan macam-macam soalan lain.. yang kedengaran agak meletihkan ha ha.. Maka nasihat Damak kawal "kegilaan" kita kepada suara BHW. Belajar software.. edit sendiri suara yang sedia ada! daripada duk hack komputer org curi suara.. tak berkat!
Niat damak,, kita hiasi Dunia perniagaan Walit yang sementara ini dengan imej yang sempurna. Kita harus tunjukkan apabila orang Islam menceburi bidang ini, perniagaan ini menjadi lebih murni, telus, dan beriman dalam masa yang sama berkembang dengan cara yang positif.. Sama-sama kita usahakan... Insyallah.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com