Kerana cinta, kerana kasih... kerana perasaan dan kepercayaan yang menebal terhadap mitos menjadikan manusia sanggup memburu dan membayar apa sahajan nilai yang tidak ternilai.
Laporan akhbar pada dua hari lalu melaporkan... ancaman terbesar kepada pengimport sarang burung walit dinegera China apabila mereka mendapati banyak sarang blood nest ( sarang merah) yang diimport daripada Asia terutama daripada Indonesia dan sebilangan kecil dari Malaysia didapati palsu.
Kita mungkin tertanya-tanya kenapa harga sarang burung walit merah lebih mahal. Ini kerana mitos dan kepercayaan terhadap kesetiaan walit ytang membuat sarang fengan darah dan bukannya air liur. Di katakan mitos mengatakan walit yang kematian pasangan akan membuat sarang sendirian dan ini menjadikan air liur yang dikeluarkan berdarah.
Dan sifat kasih sayang dan setia burung ini seakan-akan mahu dittransferkan kepada manusia dengan memakan sarang burungnya. Ia dikatakan memberikan khasiat yang banyak dan mampu menjadi pengasih kepada mereka yang memasaknya ( Wallah hu a'alam)., Namun itu lah cerita yang sering kita dengar dan baca. Apa pun, awas.. zaman ini, ketamakan manusia menjadi halangan utama apabila sarang burung merah ini sepatutnya lebih berkhasiat menjadi satu makanan yang sangat beracun kerana telah direndam dengan bahan perwarna dan kimia yang menjadikan ia berbahaya untuk kesihatan manusia. Terima kasih kepada sikap tamak manusia. Terima kasih kepada mereka yang ada niat untuk melakukannya.
Perbuatan ini menjadi ancaman kepada industri walit secara keseluruhannya. Ia mejadikan harga sarang merah yang sepatutnya mahal telah jatuh kerana hilang kepercayaan daripada pembeli. Maka siapa yang rugi?. Soalan bijak untuk mereka yang bijak.
Sekarang Malaysia merupakan pengeksport tunggal sarang burung walit ke Negara China kerana kita mempunyai penjanjian untuk melakukan urusan ini. Kita mendapat kepercayaan sepenuhnya untuk melakukan urusan jual beli secara langsung berbanding dengan negara lain seperti indonesia , Thailand, dan lain yang melakukan urusan jual beli di Hong Kong. Pasaran Hong Kong terhad kerana pasaran lebih luas di negara China. Dan Hong Kong sendiri akan mengeksportnya ke Tanah Besar.
Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab sosial dan amanah untuk kita tidak mengkhianati kepercayaan ini. Persatuan2 dan Koperasi2 Walit di Malaysia sedar perkara ini dan seharusnya undang-undang lebih tegas dan perlu satu campurtangan kerajaan untuk memantau kegiatan ini kerana dibimbangi ia akan berkembang mengikut cara yang tidak sepatutnya dan merugikan ramai pihak yang lain.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.
No comments:
Post a Comment