Sunday, 26 September 2010

Gambar- Gambar Walit... Tahniah kepada Mereka


Semakin hari semakin besar sarang walit ini ( Gambar di atas). Saya menjangkakan,,,pemiliknya akan berpindah tak lama lagi.. ha ha atau tak akan berpindah



Baru nak wat... dan yang telah siap..!
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Friday, 10 September 2010

Hakikat kemenangan Sebenar...

Syarat untuk menang!- menikmati lazat kemenangan yang sebenar!

1) Puasa cukup sebulan
2) Solat fardu berjemaah setiap waktu sepanjang bulan Ramadhan
3) Mentaati ibu bapa
4)Tidak memutuskan Salitur Rahim
5) Tidak berboros dalam berbelanja
6) Tidak meninggalkan Solat Sunat Tarawikh
7) Menunaikan Zakat fitrah

Insyallah... dengan cara ini. Kita akan merasai hakikat kemenangan iman kepada nafsu kembali kepada fitrah.  Dan dengan gagah boleh melaungkan takbir raya.

Bukan disambut dengan dentuman mercun, bunga api yang sebenarnya adat yang tidak tersenarai dalam budaya Islam.  Budaya ini seharusnya tidak dipopularkan kerana ia akan menghakis makna sebenar kemenangan fitrah umat Islam.

Wasalam





Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Wednesday, 8 September 2010

Walit Galak ... bila hujan rintik-rintik dan mendung...!

Melihat... hujan dan awan mendung menjadikan kita semakin terjaga dengan pusaran alam yang menjurus kepada pencerahan ilham dari langit. Nah... nun banyak sungguh emas-emas hitam berterbangan.

Mereka galak menyambar makanan, menangguk titisan air hujan dengan bulu untuk dijadikan bekal kepada sang merah di sarang.  Semburan angin yang dingin dan  perubahan tekanan yang ketara memaksa mereka keluar mencari keseimbangan tekanan.  Apabila cuaca diluar BHW lebih sejuk daripada udara di dalam BHW mahu tidak mahu... naluri walit akan bertindak untuk memutuskan agar mereka keluar mencari makanan dan mungkin mengawan.

Menarik sungguh melihat kawanan sang walit berkejaran antara pasangan. Seakan-akan tiada masalah besar dalam hidup mereka melainkan makan, terbang, buat sarang, bertelur, mengeram dan menjaga sang merah kesayangan.

Wah!.. besar sungguh anugerah Tuhan untuk mereka yang berfikir tentang kebajikan dan keindahan murni alam.

Galak terbangnya menghitamkan awam.  Mengharmonikan cuaca di kala panas menjadi mendung dan mendung bertambah tenang.  Setenang pemikiran hati dan rasa yang diwujudkan oleh sang pencipta untuk mereka yang rajin berfikir.  Bagaimana mungkin daripada lelendir liur sang hitam yang terbang memakan kekatu dan serangga mahu menjadi penawar berbisa kepada rahsia awet muda.  Kesihatan jantung, dan empat kerat badan manusia.

Kelak ia bisa menjadi satu hidangan untuk dihirup dengan cermat dan bangga.  Disaluti kukuh dengan tradisi untuk menjadikan Sang Walit ini harus dijaga.  Setiap hirupan dengan cermat, terbit rasa puas digaris bibir dan muka mengatakan itu adalah cara kita mensyukuri rahmat yang Maha Esa.

Angin dan awan itu membawa makna.  Sang Walit semakin ceria memunggah seluruh zat dari buana dan flora untuk dihidangkan kepada manusia.  Terima kasih kepada Pencipta ( Allah ) yang begitu kasih dan rahmati kita. Wasalam

Selamat Hari Raya.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday, 29 August 2010

Tragedi 28 Ogos 2010- Lampu oh Lampu..

Semuanya bermula dengan masalah remeh... iaitu saluran paip pecah di BHW.  Lebih kurang jam 12.00 tengahari.  Dapat panggilan telefon daripada Mak mengatakan saluran paip air pecah.   Sebagai langkah penyelesaian serta merta. Damak mintak tolong Mak supaya tutup suiz air paip.  Maka selesailah masalah tu.

Namun.. masalah tu tidak berhenti disitu.. apabila hari semakin panas.. kolam tangkungan kering air. Humifier tidak berfungsi...


Lalu.. pada awal pagi esoknya selepas meracun rumput disekitar BHW.  Damak berusaha membaiki paip air yang pecah tu.  Namun, disinilah segalanya bermula.  Mungkin kerana keletihan sebab meracun rumput... dan turun naik.. bangunan repair motor air.  Masalah lain pula timbul apabila... motor air pulak bocor..., tekanan air menjadi kurang dan air tidak naik.  Maka berulang alik lah pulak damak naik turun, BHW  hampir 30 kali..,namun masih gagal.  Mula meniliti apa punca masalah..., terfikir mungkin foot bar pada batang paip..., potong batang paip.. sambung balik... tengok semua ok..  Apa lagi yang tak kena ni...?

Disemak dan dilihat satu persatu... Oh.... rupa-rupanya... motor paip tidak ketat dan menjadikan tekanan air paip tidak kuat.  Dan seterusnya menjadikan auto suiz tidak berfungsi.   Maka setelah dikenal pasti masalah itu maka insyallah siap dan selamatlah.. kata hati damak.  Tanpa disedari ... damak telah menghabiskan hampir sehari suntuk.. untuk membaiki kerosakan itu!... di bulan puasa.  Terasa teramat dahaga kerana pada waktu pagi tu... meracun rumput. ( hampir-hampir nak berbuka puasa hari tu).. pengalaman baru.. rasa teramat dahaga hinga tekak bertukar menjadi pahit.  Namun Alhamdullillah. Allah berikan kekuatan untuk terus berpuasa.  Dalam keadaan letih begitu.. satu kesilapan besar telah damak lakukan.. apabila terlupa untuk menutup suiz lampu dalam.. di dalam BHW.


Kesilapan itu hanya disedari apabila keesokan harinya sewaktu pergi re-cheking semula..  Allah hu akhbar.. rupa-rupanya satu lampu di dalam tingkat bawah tidak ditutup... nasib baiklah.... tak ramai lagi walit tidur ditingkat bawah tu...,  Namun... masih dapat dilihat tompokan najis walit yang baru.. harapanya.  Walit tidak meninggalkan tempat tidur tu. Suasana tidak lah terlalu cerah.. kerana tidak semua lampu di tingkat bawah tu damak buka.. Namun.. apa yang dapat dilakukan " berdoa".. mudahan kesilapan ini tidak akan berulang.  Dan Langkah-langkah pencegahan telah dirancang!.. ( ha ha)

Tragedi ini menyedarkan damak.. penting untuk membuat check list dengan teratur, dan Insyallah.. kesilapan ini tidak akan berulang lagi... ( mungkin sekiranya ada IP Camera ( IR).. kita boleh pantau.. masalah ini di mana-mana sahaja.. ( memang ada niat nak masukan camera.. tapi.. bajet tak cukup, lain kali laahh...

wasalam




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Wednesday, 25 August 2010

Kenapa Sembunyikan Ilmu... Ia menggambarkan Tamaknya kita!


Damak kali ni terdetik dibulan baik. Pertengahan Ramadhan, Awalnya Rahmat, Tengahnya Magfirah, dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka.

Ah.. kita datang dengan kosong. tiada apa-apa! yang ada semuanya anugerah Allah yang maha esa.  Tiada satu pun yang kekal dan menjadi milik abadi kita.  Mengapa disekat ilmu itu.  Dalam Al-Quran.. Allah ada berfirman maksudnya  " sekiranya lautan dunia ini dijadikan tinta, dan manusia menulis denganya dan kering dan Allah tambahkan satu lagi lautan dengan jumlah yang sama dan ia kering. Nescaya ilmu Allah itu tidak akan kering dan habis ditulis oleh Manusia.  Maka mengapa kita hendak berbangga dan menyembunyikan ilmu Allah. 


Di bimbangkan ia akan merosakan akhlak diri dan menjadikan kita seorang yang tamak dan gelojoh dan merosakan iman kita.  Oleh itu, damak berpadangan dalam soal apa sahaja ilmu perkongsian adalah jalan terbaik dan mulia kerana ia menghidupkan ilmu dan mendamaikan manusia yang berhati mulia., Insyallah



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Cerita Dongeng tentang Walit


Menurut satu riwayat  entahkan benar atau tidak namun menarik untuk dikongsi.  Asal usul pemakanan sarang burung walit.  Semua maklum ia berasal daripada tanah besar negara China.  Namun yang menarik pada zaman pemerintahan negara China yang Agung dikatakan pada waktu ini.  Raja China ini telah berjaya menguasai seluruh negara China dengan kempen ketenteraan besar-besaran.  Dengan menakluki wilayah yang besar timbul keinginan dihatinya untuk hidup lebih lama.  Maka, dengan kuasa yang begitu hebat dan pengaruh yang kuat.  Maharaja ini telah mengarahkan pembesarnya mencari satu penawar yang membolehkah dia hidup selama-lamanya atau selama mungkin.  Maka pembesar istana telah mengarahkan tabib negara seramai mungkin untuk mencari penawar hidup sihat dan selama-lamanya.


Maka ada yang melakukan pelayaran, dan pengembaraan di setiap pelusuk hutan, negara, lautan, belantara dan dunia untuk mencari penawar ini agar Maharaja ini dapat hidup selama-lamanya.  Setelah beberapa lamanya mengembar dan melakukan ekspedisi.  Ramai antara tabib kembali dengan beberapa pendekatan.  Ada yang mengatakan dengan mengamalkan Tai Chi Chuan, Gao Dau, pemakanan, perubatan akupuntur ( Acupuncture), urutan, herba dan lain-lain.  Secara tidak langsung ia telah menjadikan ilmu perubatan negara China berkembang.


Namun dalam ribuan penemuan yang diusulkan.  Ada seorang tabib telah melakukan pelayaran ke Asia Tenggara telah menemui sarang burung layang-layang di Borneo.  Dia telah mengubah sarang ini menjadi sup dan diuji kepada dirinya sendiri untuk beberapa lama.  Setelah memakan sup ini, dia merasakan diri semakin sihat dan wajahnya menjadi bertambah muda dan licin.  Setelah kembali daripada pelayaran orang ramai terkejut mendapati dia tidak dimakan usia sebaliknya kawan-kawan seusia denganya  telah tua malah telah ramai yang meninggal dunia.  Ini menjadikan tabib ini sangat popular dan kerana berita yang ajaibnya. Ia cepat tersebar ke dalam kota Larangan.  Raja China telah menitahkan tabib itu menghadapnya dan bertanyakan apakah rahsia dia boleh menjadi begitu muda dan tidak dimakan usia.  Dia mengatakan semasa membuat pelayaran di Borneo, dia telah menemui satu sarang burung layang-layang dan telah menjadikan sarang burung itu sebagai makanan rutin hariannya.  Ada cerita lain mengatakan.. Semasa belayar kapalnya telah dipukul ribut dan terdampar di sebuah pulau. Semasa berada di pulau itu,  Tiada makanan lain yang mampu dimakan melainkan sarang burung layang-layang dan akhirnya dia telah  diselamatkan oleh sebuah kapal dagang ke China.

Maharaja China tertarik dengan cerita itu dan meminta agar tabib berkenaan menyediakan sup yang dimaksudkan.  Tabib berkenaan menyediakan sup hasil daripada sedikit sarang burung yang di bawa pulang kepada Maharaja China itu.  Setelah memakan sup itu selama beberapa bulan.  Maharaja itu boleh merasakan perbezaan yang jelas dari segi kesihatan.  Mulai saat itu, tabib itu telah dijadikan tabib istana dan makanan sarang burung dijadikan makanan wajib istana dan hanya golongan istana sahaja yang layak memakan sarang burung.  Maka bermulalah arahan ekspedisi mencari sarang burung secara besar-besaran untuk dijadikan makanan istana.


Ini kerana memang menjadi dasar Kerajaan China pada waktu itu segala bentuk inovasi akan dirahsiakan kepada negara luar untuk menjadikan negara China dapat kekal sebagai sebuah negara yang kuat. 
Namun setelah  Kota larangan ditawan dalam revolusi 1900- an, banyak rahsia kota larangan telah tersebar keluar.  Dan budaya pemakanan sup sarang burung mula menjadi budaya elit dan popular.  Mengikut seorang kawan berketurunana Cina.  Masayarakat China sanggup menabung duit semata-mata untuk memakan sup sarang burung walaupun sekali seumur hidup.    Ini kerana dipercayai khasiat  keistimewaan yang ada pada sarang burung tersebut.



Oleh itu, NAH... KITA  rakyat Asia tenggara amat bertuah... manfaatkan anugerah Allah ini.

wasalam. 

Nota : Cerita ini mungkin satu lagenda atau mitos, rekaan.. kalau ada ketidak tepatan fakta harap dimaafkan.  Mudahan ia memberi manfaat untuk kita semua.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday, 22 August 2010

Menyelsaikan masalah kulat dan hama di rumah burung

Antara cabaran yang perlu diambil cakna oleh semua usahawan walet. Pertama dalam kelembapan dan suhu yang konsistent untuk burung walit.  Kondisi ini juga tidak kurang subur dan nyaman juga sang kulat dan fangus membiak.

Mereka akan cepat sekali membiak dan merebak dan menjadi ancaman besar apabila ia mengubah warna dan bau rumah burung kita.

Maka. mahu tidak mahu kita perlu mencari satu resolusi yang cepat dan pantas agar ia tidak membunuh minat dan menganggugat keadaan walit yang sedang bertelur dan bersarang.  Mahu tidak mahu, kita harus lakukan sesuatu.  Dari segi makro atau binaan sarang.  Kualiti kayu harus diambil berat.  Namun,sekiranya fungal ini membaik juga.  Kita boleh menggunakan pelbagai jenis bahan kimia yang tidak membahayakan kita dan sarang burung itu sendiri.

Oleh itu, langkah yang terbaik ialah pencegahan sebelum ia berkulat.  Kayu akan berkulat apabila berlaku lembapan air yang berlebihan.  Oleh itu. hati-hati dengan humidifier atau water mist kerana satu aspek ia sahabat satu aspek ia menjadi musibah.  Penyelesaianya, pasanglah peralatan tadi mengikut ketepatan yang betul dan mengikut keadaan yang sesuai.   Ini memerlukan kita memerhati dan membuat penilaian berasaskan kepada keadaan dan tempat, Wallah u' alam

wasalam

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday, 15 August 2010

Seni Suara Untuk Walet


Suara pemikat dan penarik walit sangat penting.  Aspek kedua hadir selepas lokasi.  Suara secara umum terbahagi kepada dua.  Pertama suara yang asli.  ( dirakam di rumah walit) dan kedua.. suara tiruan.  Kebanyakkan suara yang digunakan sekarang  suara tiruan.  Kita jangan terkejut dengan pelbagai jolokan nama yang telah diberikan kepada suara ini.  Ada suara berasaskan nama pengubahsuai/ komposer suara itu,  nama tempat ia berasal nama berapa banyak hasil kutipan sebulan,syarikat penjual. dan tidak kurang dikodkan dengan pelbagai versi.

Namun, setakat hari ini.  Kita akan temui pelbagai jenis suara yang dijual toko-toko walit dan tentu sekali mereka akan mengatakan ialah suara yang terbaik dan pernah ada hasil berkilo-kilo ditempat ini dan tempat itu. Adakah itu benar?  Kita perlu berhati-hati, sepanjang pengamatan saya, suara ini bergantung kepada lokasi dan di mana burung itu biasa dipanggil.  Sekiranya mereka biasa dipanggil menggunakan suara A.  Maka, rumah burung kita juga mestilah menggunakan suara A.  ( secara mudah).. atau pun boleh digunakan suara yang lebih baik. ( subjektif).    Mutu suara burung dinilai menggunakan deria telinga manusia yang menggunakan frekuasi  berlainan dan burung walit pun ada frekuensi tersendiri.  Oleh itu, saya berpandangan sesuatu yang sedap atau nyaring di telinga kita tidak semestinya sedap atau sebaliknya di telinga  sang walit.

Oleh itu, kita memerlukan mereka yang pakar atau kita harus berani membuat beberapa percubaan untuk mengubahsuai suara sendiri.  Menariknya, sesuatu yang sering berlaku dan akan berulang kepada semua pengusaha walit.  Apabila kita sudah tahu mengadun dan menjadi komposer suara walit. Kita akan ada satu kecenderungan untuk mencuba dan menukar-nukar suara itu. Hingga menjadikan burung itu tidak selesa kerana bunyi penariknya berubah-rubah.   Oleh itu, ia harus dilakukan secara sistematik dan teratur dengan selang masa dan jarak yang sesuai.

Sekiranya orang bertanya, berapa jenis suara walit ini.  Jawapnya satu suara sahaja..kenapa?.. kerana burung walit pun satu sahaja.. Namun kita boleh katakan, burung ini akan menghasilkan bunyi yang berbeza pada umur dan keadaan yang berbeza.  Tapi kita masih boleh mengelaskan itu adalah burung walit.. Maka bunyi itu satu lagipun pun kita tidak mengatakan itu bunyi itik atau merbuk.


Cuma di rumah burung. Kita sedaya mungkin untuk mewujudkan keadaan habitat asal rumah walit. Apabila disebut habitat walit, ia tidak hanya didiami oleh walit dewasa, anak-anak-walit, atau walit mengeram.  Ia sebaliknya didiami oleh seluruh burung walit.  Oleh itu, bunyi walet.. boleh diragam-ragamkan.  Untuk memanggil walit, kita gunakan suara pemikat.  Seterusnya untuk menjadikan walit terbit naluri untuk tinggal disana. ( kerana burung membuat keputusan berdasarkan naluri). Sekiranya kita boleh faham habitat walit.  Maka tidak salah untuk kita memasukan suara dalam, dan pelbagai suara lain untuk menjadikan satu, mudah-mudahan ia akan menepati habitat asal walit  (Ini untuk bangunan baru walit)  Apabila walit sudah mula merasa selesa dan biasa. (Dan ini harus memakan masa bertahun-tahun).  Mungkin suara tiruan ini sudah tidak diperlukan lagi atau boleh dikurangkan penggunaanya.  Insyallah mereka akan kekal di dalamnya.

Saya berharap mereka ada pengalaman boleh meninggalkan sebarang komen dan respon untuk menambahkan ilmu kita dalam bidang ini.. wasalam


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.
i