Wednesday, 4 August 2010
Litar Pintas di Rumah Burung Anda
Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, sering menjadikan berlaku litar pintas terutama kesan langusng daripada kilat yang berada disekitar BHW kita. Baru-baru ini, BHW saya dikejutkan dengan satu kejadian litar pintas. Kejadian berlaku pada waktu petang memandangkan sekarang ini petang seringkali hujan dan guruh. Memang tersangatlah penting untuk memasang satu pedawaian yang sempurna dan dipasang oleh kontraktor yang berdaftar. Saya bernasib baik kerana wayer dan pendawaian dilakukan oleh pihak bertauliah. Apabila berlaku lintas pintas. Sistem ELCB BHW berfungsi dengan baik. Namun, mungkin kerana bentuk bangunan yang tinggi dan terletak di kawasan lapang. Ia menjadi pusat tumpuan guruh untuk meneturalkan cas berlebihan yang berlaku di Atmosefra. Oleh itu, langkah memasang kondaktor kilat dipuncak bangunan amat berguna. Namun, kita perlu berhati-hati, kesan renjatan lintas pintas yang kuat ini mungkin mampu merosakan peralatan elektronik, dan perkakas elektrik yang digunakan terutama Amp, speaker, twitter, dan sebagainya.
Langkah pemasangan kontaktor kilat, walaupun agak sedikit mahal. Namun mampu menyelamatkan kos jangka panjang. Oleh itu, perkiraan ini juga harus dimasukan dalam kos dan kemungkinan di BHW anda terutama bagi mereka yang memiliki BHW dilaluan kilat.
Buku Fotostat tentang burung Walet berharga RM 55.00
Percaya atau tidak, namun itulah kenyataan yang agak pahit untuk kita telan. Buku Budidaya Burung Walet karangan Pak Hadi yang fotostat, dijual dengan harga RM 55.00. Wah... sungguh mahal kertasnya atau nilai ilmu di dalamnya atau menggambarkan ketamakan penjual/ peruncit buku itu. Saya melihatnya sendiri di sebuah kedai di sekitar KB ini. Agak mengecewakan. Usah lagi di persoalan tentang hakcipta, atau royalti kerana nampaknya itu tidak nilainya jika hendak bandingakan dengan kenutungan di dalam bidang walet ini yang dicanangkan.
Keuntungan yang luar biasa sekali dicanangkan. Malah ada melihatnya satu cara yang mudah untuk menjadi senang. Namun percayalah.. tiada jalan pintas untuk menjadi mudah melainkan usaha dan usaha.

Penggunaan Peralatan Moden di BHW VS Cara tradisional
Satu soalan yang sering bermain dikepala saya, sejauhmanakah penting peralatan moden, seperti humidifier,water mist, ultrasonic humufier, hidrostat.. dan lain-lain di rumah burung kita. Tidak bolehkah kita mereka bentuk satu BHW secara tradisional yang boleh mengabaikan semua penggunaan teknologi yang terlampau itu, kekadang .. penggunaan alatan ini lebih kepada pengaruh cakap-cakap kawan yang belum dibuktikan hasil dan keberkesanannya. Kita mendapat berita mengatakan menggunakan produk A.. walet menjadi semakin ceria, galak, Adakah itu benar?.. atau ia hanya satu propangganda untuk melariskan alatan tertentu.
Sercara peribadi, saya tidak menolak semua peralatan dan kemudahan yang disediakan. Ada kalanya , ia memang sangat perlu, terutama untuk menjaga asas penting sebuah BHW.. iaitu Gelap , sejuk, dan lembap. Apa-apa yang hendak dilakukan mesti mengambil kira 3 aspek ini. Maka.. tidak perlulah kita berbelanja lebih dan cepat terpengaruh dengan sesuatu produk yang belum pasti kerberkesananya.
Kaji. dan dapatkan maklumat yang betul, agar kita hanya memberli barang -barang keperluan untuk rumah walet. Namun sekiranya ada mempunyai lambakan wang.. apa salahnya untuk mencuba peralatan yang mahal. Boleh!.. daripada kajian internet yang saya lakukan.. harga barangan burung walet yang dijual di Malaysia boleh dikatakan 80% adalah buatan China. Oleh itu, untuk mendapatkan produk yang lebih murah dan banyak pilihan. Kita boleh oder terus daripada Tanah besar China secara pukal. Pembelian dalam jumlah kecil tidak dibenarkan walaupun boleh dilakukan. Walaupun ada beberapa laman web market maya .. dinegara China yang menawarkan produk dan harga yang amat murah. Kita masih memerlukan beberapa kawan dan kenalan untuk membelinya secara pukal.
Perbezaan harga boleh dikatakan mencecah 100%. Oleh itu, kita semua ada pilihan sama ada untuk merekabentuk satu BHW yang menepati ekologi tradisional habitat walet atau,.. menggunakan peralatan moden untuk menjadikan ia sesuai dengan habitat walet.
Yang pastinya.. penggunaan cara tradisional akan menjimatkan kos jangka panjang. Namun, penggunaan teknologi mungkin menyebabkan bocoran kos-kos tententu selain kos tetap yang mungkin sedikit sebanyak akan menjadikan hasil atau keuntungan berubah-rubah. Kalau bertanykan kepad saya.. secara lantang dan yakin saya akan menasihatkan pembaca semua.. supaya sedaya mungkin mereka bentuk satu rumah burung yang sesuai dengan habitat asal walet tanpa banyak menggunakan peralatan tambahan. Ini kerana ia lebih menguntungkan berbandingan penggunaan atau kegilaan teknologi yang melampau.
Namun ada pihak pula akan bertanya. BHW org lain semakin canggih. Ramai walet suka kepada rumah burung itu, buktikan kenyataan itu.. dengan beberapa gambar atau benarkan kita masuk sarang burung itu untuk melihat sejauh manakah ia benar?. Wasalam.

Tuesday, 3 August 2010
Memiliki Rumah Burung Anda Sendiri
Pengalaman saya yang lepas untuk memilik rumah burung atau BHW bukan satu perkara mudah kerana saya bermula dengan "kosong". Bermula dengan minat yang mendalam dan tekad dan niat yang konsistent. Saya cuba mencari dan tercari-cari peluang bagaimana hendak memiliki BHW sendiri. Bermula dengan berkenalan dengan seorang teman dan sekarang menjadi sahabat rapat dalam membincangkan hal-hal berkaitan dengan walet. Saya mula terbuka mata dan diberikan kekuatan untuk tekad untuk membina satu rumah walet walaupun dalam batasan kewangan yang terhad. Cabaran dan pengalaman semasa proses pembinaan rumah burung walet ada kenangan tersendiri. Namun saya belajar satu perkara penting dalam hal ini.. iaitu sahabat , teman, guru, membaca dan sabar.
Hal- hal diatas sangat perlu dalam merealisasikan sebuah rumah burung idaman. Saya banyak bertukar-tukar padangan dengan Saif, dan seorang kawan di Kota Baharu, seorang guru di Tumpat dan lain-lain maklumat yang saya perolehi melalui bacaan daripada internet dan juga buku. Tidak kurang penting kursus yang diajurkan oleh perhilitan. Kursus perhilitan yang dikendalikan oleh En Azman di Jeli satu masa dulu memberikan banyak maklumat dan inspirasi kepada saya. Secara tak langsung juga maklumat saya perolehi apabila berbincang dengan berberapa orang tokey-tokey cina yang telah berjaya.
Maklumat dan gambaran tentang BHW saya mula dapat apabila Siaf membawa saya melawat berberapa sarang burung disekitar Kota Bharu. Kami bernasib baik apabila sempat melawat berapa BHW dalam proses pembinaan dan mengkaji strukur yang sesuai dengan habitat walet. Citarasa walet, tidak dapat kita gambarkan secara mutlak. Alangkah baiknya sekiranya walet boleh berbicara dan memberitahu kita apa sebenarnya yang mereka mahu.
Namun hasil dari pengamatan dan pemerhatian yang tajam. Akhirnya, ilmu tentang walet ini dikuasai oleh manusia. Namun itu semua berdasarkan kepada pengamatan dan fitrah kebiasaan burung. Namun , kita kena yakin dan percayalah kepada fiitrah dan kebiasaan kerana bumi dan alama jagat raya ini Tuhan telah gantungkan kepada adat dan fitrah kebiasaan.
Hal yang lebih penting, kita sebagai seorang pengusaha dan pencari ilmu walet harus sensitif dan sentiasa memerhati gerak-geri untuk mencari kesimpulan berasasksn kepada beberapa andaian / fakta. Perbezaan antara andaian dan fakta secara mudah. Andaian, sesuatu yang kita tidak pasti dan belum dapat buktikan dengan kajian. Dan fakta telah teruji kesahihan andaian tadi. Oleh itu untuk memahami kita harus mempunyai andaian, dan tidak semua andaian itu tepat dan sebaliknya.
Oleh itu., dalam usaha untuk memiliki sebuah rumah walet sendiri, pencarian ilmu itu harus didahulukan. Modal datang kemudian. Ilmu akan membentuk keyakinan. dan insyallah dengan ilmu dan keyakinan kita kan menjadi lebih tekad dan lebih tekun untuk berjaya. Jadi miliki, ilmu dahulu sebelum memiliki rumah burung. Wa'allah' hualam.

Monday, 2 August 2010
Rumah- Rumah Walet sekitar KB
BHW milik seorang Tokey Cina..yang berjaya.. dikatakan dia memiliki lebih daripada 20 rumah BHW.. wah seronok tengok orang berjaya.. kita bila lagi.. bermula sekarang.. ayuh.. bangkit lah ..ha ha
BHW milik bumiputer dikatakan.. hasilanya sekitar 5kg sebulan... wow.. indahnya berita!
BHW milik seorang usahawan Melayu.. hasilnya pun lumayan sekitar 4kg sebulan..
BHW 3 in 1,, rumah, syarikat, Rumah burung.. Apa lagi yang menyekat kita untuk membuat BHW... yakin dan usaha.. selebihnya serahkan kepada Allah.
( Satu Pesanan Nabi yang sangat popular.. Sesiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya).. dan
Allah berfirman antara lain maksudnya " berdoa kepada ku nescaya akan ku makbulkan. Yakin dan beriman kepada Allah..
Sunday, 1 August 2010
Selamat Datang ke Walet Group... Posting Pertama
Salam.. kata alu-aluan daripada pihak webmaster untuk semua peminat dan pengusaha walet untuk jadikan laman maya ini sebaga satu medan untuk kita berkongsi pendapat dan idea agar kita sama-sama dapat memajukan diri dunia dan akhirat. Gunakan kesempatan yang ada untuk beriman dan beramal kepada Allah. Dengan Ikhlas dan selebihanya urusan dunia ini kita serahkan kepada Allah. Kata orang kena ada DUIT= Doa, Usaha, Istiqamah ( Ikhlas), dan Tawakal..., segalanya milik Allah...
KAMI AKAN SEDAYA MUNGKIN UNTUK "UPDATE" LAMAN BLOG INI DARI MASA KE SEMASA. INSYALLAH DALAM MASA TERDEKAT , AKAN DIMASUKAN LAMAN SEMBANG ATAU CHAT.. DIHARAP SEMUA SUDI MEMBERIKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG INDUSTRI WALET DI MALAYSIA.. TERIMA KASIH

Subscribe to:
Posts (Atom)