Sunday, 22 July 2012
Salam Ramadhan Kareem
Salam Ramdhan untuk semua pengikut Walet Group.. mudahan kita tamakkan syurga Allah.
wasalam
Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Tuesday, 26 June 2012
Sang Walit dan Khurafat
Salam,
Di kesempatan ini Damak ingin berkongsi tentang berberapa perkara amalan yang ditegah dalam ajaran Islam. Setan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita dalam apa juga yang kita lakukan terutama di dalam bidang perniagaan.
Sebutlah perniagaan apa sekalipun.. restorant, kedai pakaian, kereta sewa, ... boleh kata semuanya... cuma mahu atau tidak mahu..tepuk dada tanya iman.
Industri BW juga tidak terkecuali. Apabila sudah seakan-akan hilang cara.. tak tahu nak buat apa dah... makan bomoh mula menjadi pilihan akhir.
Maka, bomoh mula memberikan petua begitu begini . memberi itu ini.. dan pantang larang atau barang-barang tertentu yang dipercayai akan menarik sang walit masuk
Bomoh.. menjadi pilihan mereka yang tidak yakin.. permintaan ( doa) mereka dimakbulkan. Penantian doa untuk dimakbulkan seakan-seakan terlalu lama.. dan kerap kali.. apabila doa mereka dimakbulkan,,, mereka tidak merasakan itu satu rahmat daripada Allah. Mrk mengatakan itu adalah kerana mereka membuat pilihan untuk melakukan itu dan ini.
Terdapat beberapa item yang menjadi kegilaan pengemar walit untuk memikat walit masuk.. Malah ada yang dijual dengan harga ribuan ringgit. Semua itu, amat bahaya dan boleh mengancam soal Aqidah kita umat Islam
Tiada ada satu pun kuasa..dan apa-apa yang mampu mendatangkan bekas atau kesan melainkan dengan izin Allah.
" Dan percayalah Setan akan senantisa mencari jalan-jalan untuk menipu daya manusia dengan cara halus".
Damak tidak mahu nyatakan apakah barang-barang yang menjadi kegilaan pengusaha walit. Cukuplah dengan Damak menasihatkan. tidak perlu percaya dan buat. Cukup dengan kita buat sarang mengikut habitat gua, faktor makro dan mikro yang betul.. pasang suara dan selebihnya bukan tugas kita.. Do the Best and Allah will do the rest.
Jauhkan diri kita daripada hal-hal khurafat.
Insyallah hidup kita mendapat rezeki berkat walaupun lambat...
dan ini lebih mulia daripada cepat tetapi khurafat
kerana diikhuatiri "rezeki" tadi datang dengan laknat Allah.
"Na'uzibillah himin zalik"
Salam Maju jaya untuk semua... bagi yang sudah berjaya.. jangan kedekut untuk kongsi ilmu. Ilmu tidak akan berkurang kerana dikongsi. Rezeki tidak akan berkurang kerana berzakat dan derma. Yakinlah.
Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Monday, 25 June 2012
Konflik Menuai Sarang Burung : Demensi Kemanusiaan Vs Keuntungan
( Proses Harvest SBW Liar di Thailand)
untuk mendapat ini..
Salam
Semua peniaga mahukan untung. Pengusaha mahukan hasil. Kita akan tersenyum lebar apabila berjaya menjual 10kg SW contohnya.. Manakan tidak.. katakan sekarang dalam harga Rm 2 K..- 2.3K. Kita bersyukur walaupun harga tidak seperti dulu lagi sehingga mencecah 6K.
Maka, timbul beberapa perkara yang menjadi persoalan kepada pengusaha. Apabila.. BW sudah bersarang.. mereka akan bersarang secara sedikit berperingkat. Ada waktunya.. kita tidak dapat menuai semua hasil sarang burung.. kerana masih ada anak kecil.. ataupun walit masih belum terbang.
Ada, padangan mengatakan.. ambil semuanya tidak kira ada.. anak, ada telur.. ada anak belum terbang.. kerana BW akan bersarang lebih banyak selepas ini.
.
Persoalannya.. adakah kita tergamak.. Damak tidak gamak untuk melakukkan... itu.. Apa yang Damak lakukan. Damak akan kutip secara berperingkat... dan kita kumpul... barulah kita jual.
Idea dan padangan tuai semua.. ini datang daripada kebanyakkan peristiwa RBW yang dipecah masuk lebih berjaya kemudiannya. maksudnya.. Burung lebih ramai. ,sarang lebih banyak.. kerana teori mengatakan.. bau-bau.. anak2 walit yang mati, telur yang pecah.. akan menjadikan walit lebih selesa kerana keadaan ini normal dalam habitat walit digua..., ada serangan biawak, mengkarang, tokek dan lain-lain.. maka anak2 walit biasanya tidak hidup semuanya.
Ramai percaya dengan rampas.. semua sarang2 walit.. setelah 3 kali bersarang . adalah cara untuk meramaikan.. burung walit.
Persoalannya .. adakah kita sanggup... Ini satu cara yang zalim. Kapitalis.. tidak teragak-agak melakukkannya. anak ayam sanggup dibakar, susu lembu sanggup dibuang, buah mangga sanggup dibuang.. semata-mata hendak mengawal kuantiti dalam pasaran agar harga tidak jatuh.. hal yang sama dalam konteks ini,, kapitalis akan lakukan... Namun.. kita orang Islam ada cara yang lebih seimbang kerana segala perbuatan kita didasarkan kepada keyakinan kepada rezeki Tuhan.
wasalam.
Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Wednesday, 18 April 2012
Keupayaan Lidah Menggulungkan Bumi Sebelum Kiamat
Kita akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.. itu pasti.. kerana pesan seorang guru.. kapal yang teguh bukan untuk berlabuh di pelabuhan sebaliknya untuk merempuh gelombang dan badai dilautan.
Ketahuilah.. dunia... dicorakkan dengan lidah.. Lidah bisa membentuk bumi... dan lelangit kita bisa menjadi langit di dalam dunia rongga kita. Lidah kita boleh mengulungkan bumi rongga ini mengikut kaca mata dan fikiran kita yang di asaskan oleh ilmu dan hati nurani yang dicorak oleh pengalaman silam, yang bertapak kukuh lalu menjadi sebuah pengajaran sama ada ia manis atau menyakitkkan.
Kiamat.. kita boleh datang dengan dekat.... terlalu dekat.. sedekat bibir mulut kita berbicara.. berbicara tentang dunia.. berbicara tentang akhirat... berbiacara tentang segalanya... malah segala- galanya dibentuk oleh lidah dan dunia rongga yang sempit.
Kekadang kita merasakan sesuatu yang buruk itu amat buruk untuk kita.. dan di akhirnya kita ketahui dan sedari ia tidak seburuk mana,... dan sebenarnya satu rahmat Allah kepada kita untuk memudahkan sesuatu yang kita berat dan tidak mampu membuat pilihan pada asalnya.. lalu lidah kita cepat mengeluh dan mengeluarkan dengusan-dengusan haiwani yang tentunya bertentangan dengan nurani hati murni..
Ia.. menjadi lebih senang dan mudah apabila kita berupaya keluar daripada zon selesa.. berada di dalam zon selesa menjadikan kita lupa dunia dan daratan bahawa ,, matlamat dunia ini bukan di dalam rongga.. ia di dalam hati jiwa naluri dan iman kepercayaan kita kepada yang Esa..
Lidah tidak bertulang.. itu antara bait-bait kata lagu.. dan pantun lama yang sering melekat dan menjadi klise di dalam masyarakat kita., Namun benar impaknya... begitu mudah dunia dan amanah itu ditabur tanpa rasa berat yang amat kepada prinsip diri dan janji yang dipikul itu.
Sekiranya... kita mengetahui.. dunia ini di dalam rongga kita.. tentu kita tidak banyak berkata-kata dan terasa amat berat untuk berkata sia-sia melainkan benar dan berfaedah sahaja. Seluruh isi kandungan dan kekayaan dunia ini disimpulkan dengan lidah merah tidak bertulang... mengeluarkan kata-kata dan ia bisa meempengaruhi dunia ..
kata- kata akan mempengaruhi perasaan... perasaan akan mempengaruhi impian.. seterusnya cita-cita dan akhirnya usaha dan kesan kepada sesuatu yang kita berikan..
Wah.. beratnya,... dunia di dalam rongga..., itulah kita.. maka hati- hati... jangan biarkan ia kiamat sebelum dunia sebenar tergulung dan tersandar di Tiang Arash.. Wallah .. hu alam.
Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Tuesday, 17 April 2012
Pengalaman Di Pattani .. Rumah Walit Bawah Tanah
Sudah lama ingin Damak nukilkan pengalaman ini di blog. Namun tidak sempat, hinggalah ke saat ini. Allah beirkan sedikit kelapangan untuk menulis dan memberikan peluang kepada Damak untuk berkongsi pengalaman di Pattani tempoh hari. Pada awal March 2012\.. Damak berkesempatan melawat Pattani atas urusan kerja..
Di sana,, antara yang menarik yang mesti dikongsi oleh semua pengemar Walit.. Pernahkah kita terfikir untuk membuat BHW di bawah Tanah.. kedengaran agak pelik namun itulah yang berlaku di sana. tempat Basement parking dijadikan Rumah Burung Walit. Pada waktu petang di sebuah hotel di Pattani.. mungkin ramai yang tidak perasan dan tidak tahu.. dan mungkin juga ramai yang tahu.. cuma tidak mahu ambil tahu.. BW akan terbang riang masuk melalui pintu paling rendah dan seterusnya ke dalam basement.. haha,... rupanya walit mungkin tertipu ataupun, tidak kisah tentang lubang mana.. sedalam mana asalkan suhu dan kelembapan menepati habitat asal mereka.
itulah keghairahan burung walit dan semangat yang tinggi untuk burung walit hidup sehingga mencecah 25 tahun.. maka.. tuan-tuan juga boleh gunakan pendekatan ini jika sesuai dengan tempatan tuan-tuan sekalian,..
wasalam.
Namun.. jangan sampai jadi macam ni.. boh.. ha ha..
Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Di sana,, antara yang menarik yang mesti dikongsi oleh semua pengemar Walit.. Pernahkah kita terfikir untuk membuat BHW di bawah Tanah.. kedengaran agak pelik namun itulah yang berlaku di sana. tempat Basement parking dijadikan Rumah Burung Walit. Pada waktu petang di sebuah hotel di Pattani.. mungkin ramai yang tidak perasan dan tidak tahu.. dan mungkin juga ramai yang tahu.. cuma tidak mahu ambil tahu.. BW akan terbang riang masuk melalui pintu paling rendah dan seterusnya ke dalam basement.. haha,... rupanya walit mungkin tertipu ataupun, tidak kisah tentang lubang mana.. sedalam mana asalkan suhu dan kelembapan menepati habitat asal mereka.
itulah keghairahan burung walit dan semangat yang tinggi untuk burung walit hidup sehingga mencecah 25 tahun.. maka.. tuan-tuan juga boleh gunakan pendekatan ini jika sesuai dengan tempatan tuan-tuan sekalian,..
wasalam.
Namun.. jangan sampai jadi macam ni.. boh.. ha ha..
Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Sunday, 25 March 2012
Yuran Kursus Walit
Semalam, ada seorang kawan kepada seorang kawan Damak.. memberitahu.. Damak. Damak.. kenapa i lihat dalam blog u.. yuran kursus murah sangat.. RM 250.00 dan siap dapat diskaun lagi RM 50.00.
Sedangkan kalau nak compare dengan yuran kursus-kursus lain.. ada mencecah belasan ribu ringgit. paling rendah sekitar RM600- 800. . Maka Damak senyum dan diam. dan berkata... u baca blog nanti i komen di blog.
ha ha.
Memang Damak sedar.. antara kos kursus yang paling murah di Malaysia. ialah kursus anjuran Damak. Alhamdullillah.,. ia mencapai sasaran Damak untuk menyebarkan ilmu dan tidak berlebih-lebihan dalam mengenakan cas / yuran kepada peserta kerana mahu mengalakkan golongan yang berminat dengan burung walit berkongsi idea dan ilmu.
Namun,. ada juga yang Damak dengar.. murah ni berkualiti ke?... sebab orang sering melihat yang mahal itu berkualiti dan yang murah sering dilihat dengan pandangan prajudis.
Sebenarnya tiada masalah untuk Damak mengenakkan yuran kursus sehingga RM 1000.00 . namun mungkin dalam pakej yang berbeza ataupun..masih kekal dengan pakej sama kerana itu adalah sesuatu yang amat mudah untuk dilakukkan.
Tetapi.. apakah beza kita ( kunikkan ) dan bagusnya Islam dan misi yang hendak kita capai pada sebelah kanan blog ini.. adakah ia selari?. Kursus yang Damak anjuran bukan sahaja murah., insyallah bermaklumat. dan akan membuka jalan-jalan kepada mereka yang hendak membina RBW.
Setakat ini hampir 700 orang alumni kursus Damak, alhamdullillah. ada yang bergelar, adik, abang, kakak, Makcik, Pakcik, Atuk Nenek, Dato', Dr, Profesor, Tan Sri telah datang ke kursus Damak. syukur.
Maka menjawab soalan kawan kepada seorang kawan Damak. Alhamdulillah.. kursus Damak tetap kekal dengan harga RM 250.00. mengikut tempat dan keadaan semasa. Dengan keadaan sekarang itulah yuran kursus yang paling rendah yang boleh Damak tawarkan.
Setakat ini.. Damak juga ada menerima jemputan daripada pelbagai hak persatuan pesara guru, tentera dan pihak-pihak pertanian untuk mengadakan sesi penerangan tentang burung walit.
Insyallah. sekiranya ada pihak-pihak persatuan, koperasi , atau IPTA yang berminat, untuk mengadakan ceramah dan sembang-sembang tentang burung walit.boleh hubungi Damak.. kerana ilmu itu tidak akan berkurangan kerana kita berkongsi. insyallah.

Sunday, 11 March 2012
Dedikasi dalam Bekerja
Beberapa hari lepas Damak ada mendapat panggilan telefon daripada seorang pesara pegawai tinggi kerajaan untuk menyelangara RBW yang bermasalah. Setelah, menetapkan tarikh pertemuan dan masa. Maka kami berjumpa Mengikut beliau sudah hampir 20 tahun bersara. Wah maknanya usianya kini mencecah 74 tahun. Namun, masih berminat dalam kerja-kerja RBW. Damak tanya kepada beliau, apa yang mendorong Aji ( org tua.. Damak biasakan diri panggil Aji)... terlibat di dalam industri burung walit, belia menjawab.. dia sudah letih berurusan dengan manusia, dan cuba meminamakan urusan melibatkan gelagat manusia. Namun.. hakikatnya.. kita tidak dapat menolak untuk berurusan dengan manusia selagi kita hidup. Apabila kita meninggal dunia.. orang yang hidup menguruskan kita.
Namun, apa yang Damak ingin kongsikan, beliau mempunyai ciri-ciri seorang yang amat komited dan didikasi dalam kerjanya. Walaupun.. sedar akan keterbatasan upaya kerja dan kudrat yang dimiliki.. dia masih cuba membantu sedaya yang termampu.
Damak, kagum ..apabila setiap patah kata-kata dan nasihat Damak tentang RBWnya ditulis dan ditandakan pada buku kecilnya.. mungkin sebagai catatan untuk ingataan.. mungkin kerana faktor usia. atau mungkin untk memastikan segala dilakukan dengan penuh teliti dan rapi.
Apabila.. Damak memasuki RBW yang berusia hampir 2 tahun itu Damak lihat terdapat lebih daripada 100 sarang Burung Walit, alhamdullillah.. antara ciri -ciri RBW yang akan berjaya. Damak pun mula meninjau. apa-apa perkara yang perlu diselengara dan update.. sesuai dengan usia RBW beliau.
Seperti biasa.. Damak akan mengambil sekeping kertas dan mula menulis dan senaraikan apa yang perlu dilakukan.
Mengikut beliau.. RBWnya mula mengalami kesusutan dalam jumlah sarang bukan semakin bertambah.. sepatutnya.. hasil semakin bertambah.
Damak. senyum dan biar dia menghabiskan cerita-cerita tentang RBWnya.
Setelah , itu.. dia meminta Damak melakukan kerja-kerja penyelengaraan yang perlu. Damak.. lakukan apa yang sempat,,
Baik kepada tajuk entri ini, Damak kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh Aji ini. Seorang yang lemah lembut, dan amat didikasi dalam kerja-kerjanya. Dalam, menguruskan hal-hal walit. Tuhan pertemukan dengan pelbagai rencah dan ragam yang menarik untuk kita teladani. Damak yakin.. dan insyallah, sikap dan mentaliti kita amat mempengaruhi cara kita berfikir, bekerja dan seterusnya hasil yang bakal kita perolehi. Damak doakan Aji ini.. dan RBWnya akan sukses. insyallag.
Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Monday, 6 February 2012
Salam Malidur Rasul
Salam..
Mohon.. kita menjunjung kebesaran Nabi. banyak berselawat dan mengamalkan sunnah rasullah. Menghidupkan sunnah menerusi kecintaan kita kepada baginda. Sebaik-baik Makluk dan Nur yang menerangi alam maya ada. Mudahan.. kami akan mendapat syafaat mu dan redha lah kami menjadi ummat mu
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
Subscribe to:
Posts (Atom)