Sunday, 13 February 2011

Sila Bawa Pendrive atau USB Drive, atau SD Card

Salam,



Kepada, semua peserta yang bakal menghadiri kursus Burung Walit nanti.. Sila bawa USB Drive, atau apa-apa yang boleh digunakan untuk copy Suara Walit.  Suara ini, Damak Hadiahkan percuma kepada semua peserta yang hadir..




Terima Kasih.




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Saturday, 12 February 2011

Lawatan ke Kuala Krai- mengejutkan!!!

Lawatan ke BHW yang bermasalah semalam Damak menjumpai beberapa masalah.  Damak tidak faham bagaimana semua itu boleh berlaku.  Setelah Damak melihat dan meneliti  luar dan dalam.. Damak menyenaraikan 14 penambahbaikkan.. kecil dan besar yang perlu dilakukan.  Damak tuliskan semua itu.. dan lekatkan bersama-sama bisnes card.. kalau ada apa2 tak faham dia boleh ctc.

Sebelum ini, kita sering dikhbarkan Kuala Krai tempat yang top dengan rumah burung..... buat bangsal pun burung masuk... betul ke?

Tetapi hal yang sebaliknnya berlaku pada BHW ni.. perkara yang sepatutnya ringkas dan senang menjadi susah kerana pernah menghadiri kursus yang betul..Damak tanya.. ada hadiri kursus ke?.. dia kata ada.. berapa kali... sekali.. ( dan berbekalkan kursus asas sekali itu dia buat sarang burung).  Kursus pula modulenya tidak lengkap rinci.. ini menjadikan peserta tadi "dizalami"

Antara 14 saranan..  pertama 1) masukan racun serangga. kerana byk semut dan lipas di dalam BHWnya..




Namun secara mudah, Damak boleh simpulkan. BHW ni  bukan boleh buat secara tiru-tiru... ikut  tanpa ada ilmu dan minat usaha kita akan menjadi sukar dan mudah tertipu!...

Pada mula-mula Damak sampai ,..nampak seperti dia rungsing seolah-olah pemiliknya berputus harap dan tak tahu apa nak buat.  Apa yang Damak perlu lakukan?.. tanya dalam hati.. kerana nak jadi peladang burung walit ni .. kita mesti minat dan bersabar..Dengan bebekalkan ilmu dan pengalaman dalam menulis buku " motivasi"..Damak  luangkan sedikit masa untuk mendalami masalahnya... Maka dapat tahu.. dia telah bnyk ditipu.. dan sudah byk habis duit... burung tak masuk

Maka.. yang perlu.. Kena pulihkan kembali semangatnya... , ini satu misi yang berat..

Lalu.. perjalanan bermula dengan memasuki BHWnya...  Keganjilan pertama yang Damak lihat.. ada motor pump air di dalam BHW.. maka Damak tanya.. kenapa motor ada kat sini?.. dia kata.. tukang buat mcam ni,, ( silap Damak tak snaap foto).. tapi Dapat snap foto lipas dalam BHW.. sudah merupakan pengalaman bernilai untuk Damak kerana tidak pernah jumpa lipas dalam BHW sebelum ini..

Setelah Damak sarankan apa yang perlu dilakukan dan releven kenapa kena buat begitu- begini.. barulah nampak cahaya senyuman dan kelegaan.  Damak mencadangkan bahan -bahan yang jimat dan tidak perlu keluarkan kos yang tinggi.. untuk 14 penambah baikan itu.. Damak jangkakan kosnya tidak sampai rm 500.00.

Tapi itulah bahagia dan nikmat yang kita dapat... mengikut buku La Tahzan.. .. untuk menjadikan kita bahagia... kita perlu banyak memberi dan menolong orang lain... maka itu sangat benar dan tepat sekali kerana naluri manusia.. suka disayangi.


Kalau nak story panjang.. nanti.. kita story masa kursus.. Namun kesimpulan mudah... pemiliknya tidak tahu apakah yang harus dilakukan untuk menjaga BHW..  Disamping mengharapkan pulangan lumayan daripada burung walit.. tentu perkara pertama yang kena tahu. ialah pengurusan BHW.., fikirkan!

Selamat maju jaya..

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Thursday, 10 February 2011

Daripada BHW kepada BMW : Panduan Rinci Perladangan Burung Walit


(Gambar hiasan)


( Gambar Hiasan)


Wow;  tajuk buku yang insyallah bakal meletup di pasaran....  Akan mula dipasarkan pada 1 March ini.   Insyallah, Satu majlis ringkas akan diadakan sempena pelancaran e-book ini.  Damak akan maklumkan kemudian.  Edisi pertama.. akan mula berada di laman rasmi www. damakswiftlets.com.  Sekiranya tiada aral melintang dan kalau mengikut jadual dan perancangan.

Semua pengikut dan pembaca waletgroup akan mula berpindah ke laman tersebut.  Buat masa ini, laman web itu, lebih kepada penduaan kepada blog. Layout web akan mengalami perubahan besar-besaran nanti.

Matlamat penulisan e-book ini, sebagai salah satu sumbangan kecil dan kerdil  Damak dalam usaha merancakkan industri burung walit di Malaysia.

Apabila Cover buku sudah siap.. Damak akan paparkan di blog nanti.

Sesiapa yang berminat boleh mula buat tempahan sekarang dengan menghantar e-mail kepada waletgroup@gmail.com


Sekian Terima Kasih.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Wednesday, 9 February 2011

Negeri Selatan Banjir... Utara Panas

Semasa Damak menulis coretan  ini jam 4.19  pm suhu diluar mencecah 34- 35 Celsius.   Suhu yang agak panas bagi kita orang Asia,

Panas yang amat ketara..., dan tentu sekali tidak nyaman untuk walit.  Kalau mereka boleh berbicara.. tentu akan berkata " Jom kita pergi Johor".. Banyak serangga kat sana.. banjir belum reda.. Di Negeri sembilan... dan cuaca agak nyaman.

Namun...itu agak mustahil. kerana walit ini amat setia pada sarannya.. tambahan pula.. sekarang musim mengawan dan bertelur..

Mereka tentu akan lebih suka berada di Utara.,  Namun bagi pemilik BHW.. mereka tidak kisah... utara selatan, timur barat.. asalkan poket mereka ketat.. ha h

Suhu yang panas,,, maka gunakan humidifier sgt penting pada waktu ini.., hati-hati... tadi ada seorang teman seperwalitan yang baru menceburi Industri Walit menelefon... dia telah dikenakan byaran RM 3K untuk proses menampar water proof.. Damak terkejut besar..

Dia tidak boleh menggunakan humidifier sekarang kerana lantainya bocor.. agak pelik kedengaran,.... tapi itulah yang berlaku...Insyallah ... Damak akan pergi melihat apakah situasi sebenar yang berlaku.. agar sama-sama kita usahakan supaya BHW.. ditiduri oleh Walit.. wasalam



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Tuesday, 8 February 2011

Jemputan.. ke seminar Siri 2



Salam,  kepada  semua pelawat dan pengikut setia Waletgroup.  Sila hebahkan, dan anda semua dijemput untuk menyertai Seminar Siri 2 Burung Walit pada 19 Feb 2011.

Insyallah, Dalam seminar nanti.. Damak akan membuat ulasan tentang E-Book terbaru Damak bertajuk "Pengurusan Rinci  Burung Walit".  Buku ini adalah hasil kajian dan pemerhatian melalui pengalaman praktikal penulis menguruskan BHW.

Semua dijemput Hadir.. kepada sesiapa yang berminat.. boleh rujuk.. Iklan dan cara penyertaan kursus yang dipaparkan diblog ini..

Sekian Terima Kasih

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Monday, 7 February 2011

Rumah Pengasapan Tembakau ke BHW - Peserta Seminar


Tak banyak yang perlu diubah..  tambah bumbung...., pintu kebal, monkey house, nesting plank... sound system.. lepas tu boleh beroperasi..




Tapak yang cantik.... tidak terdedah kepada panas


Ini  pun bakal .. diubah.. kata pemiliknya


Tuuu.. dia.. pokok pisang... memang walit suka mencari makanan di sini.
Insyallah berjaya... Tahniah kepada salah seorang perserta Kursus Walit tempoh hari... Kerja-kerja pembinaan telah bermula semalam...


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Sunday, 6 February 2011

Harga Sarang Walit Mahal semasa musim Tahun Baru China

Semalam ada seorang teman seperwalitan bertanyakan kepada Damak... betul ke.. Harga sarang walit mahal sekarang ni. Maka Damak bertanya... apa yang awak tahu?.  dia kata.. dia mendapat maklumat harga Sarang burung jatuh sekarang.

Damak. kata.. itu agak pelik!.. kerana biasanya.. ramai pengusaha akan buka balik stock sarang-sarang walit yang disimpan sebelum ini untuk dijual sekarang kerana harganya lebih menarik!...Itulah kebiasaanya.. belum pernah terjadi lagi semasa CNY.. harga sarang burung jatuh.  Jadi , dia mungkin mendapat maklumat yang salah.. atau pun telah dimanupolasi oleh pihak tertentu.

Ini.. lah pentingnya kita ada koperasi... untuk menjaga kebajikan Ahli... wasalam


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Tuesday, 1 February 2011

Apa lagi yang perlu kita tahu tentang Walit

1)Pertama burung duit,
2) Maka adakah segala-galanya tentang Duit
3) Kesihatan
4) Gaya hidup
5) Maruah
6) Kepentingan diri, agama, negara dll.

Daripada enam senarai sumbang saran sendirian.  Damak terfikir.  Faktor utama tercetusnya industri Burung Walit,. kerana faktor kehidupan manusia berkaitan dengan kesihatan.

Khasiat burung Walit diketogerikan sebagai makanan Mewah.  Setaraf dengan kereta Ferari atau apa-apa sahaja yang berkaitan denganya.

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan anak bongsu kepada F1 Ferari sanggup membelanjarkan RM 280 juta untuk membeli sebuah rumah yang bersesuaian untuk membela lima ekor anjing kesayangannya.

Sekiranya anjing boleh dimasukkan dalam pertimbangan  orang kaya dalam membeli rumah.  Inikan pula soal kesihatan diri dan kecantikkan.  Tentu mereka sanggup membelanjakan lebih ratusan juta ringgit.

Khasiat burung walit.. terkenal dengan  nama jolokan " egen kecantikkan". Yang boleh merawat keremajaan seseorang.  Dan kesannya boleh dilihat dalam masa yang singkat.  Alangkah menarik dan pemurahnnya Tuhan yang telah menciptakan emas hitam untuk manusia.

Tunggu sahaja kita meneroka bidang ini untuk dijadikan satu punca pencarian yang halal.    Dan halal ini.. telah disahkan oleh JAKIM dalam muzakarrah Fatwa ke 79 pada tahun 2007 yang mengharuskan pemakanan sarang burung walit.

Maka bersyukurlah.. binalah  Sarang Walit kerana ikhlas mencari keredhaan Allah.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com