Tuesday, 13 September 2011

Wat Rumah burung.. tapi Burung tak masuk.. nak wat macam na..?

Salam,

Ini adalah soalan cepu emas yang sering ditanya oleh semua pengusaha walit, termasuk Damak sendiri.  Damak melihat .. kepentingan untuk memahami dan keperluan walit itu sebagai satu asas penting,

Sekiraya semua keperluan mikro dan makro telah dipenuhi.. , mengapa sang walit masih tidak bersarang,.  kawasan cantik, bangunan tip top, burung ramai, tak ada musuh walit... lalu kenapa tidak masuk.?  ..ada ke kemungkinan seperti ini?..

Damak percaya ... ia berlaku.. namun bukan sesuatu yang sepatutnya berlaku atas pertimbangan kita sebagai manusia yang pendek akalnya.

Sepatutnya apabila... habitat BHW sudah menyerupai habitat burung walit. tentu walit akan bersarang.  Maka cabaran terbesar ialah cuba nak menyediakan satu habitat yang menyamai habitat asal walit, iaitu gua.  Maka kena faham dan mengerti aspek ini.

Selainnya, jika dilihat menerusi kaca mata agama. seorang yang kedekut, kikir, tidak pemurah... dan sebagainya.. sekiranya diuji dengan kekayaan, kesenangan.. mungkin ia sesuatu yang berat kepada mereka. Dan akan menjadikan mereka lebih jau daripada Rahmat Allah. maka ini adalah ak mutlak Allah.  MAKA INI ADALAH ASPEK CABARAN YANG LEBIH BESAR.. DARIPADA  MENYEDIAKAN HABITAT BHW YANG TERBAIK.

Kebiasaanya orang Islam kita ( Pengusaha Burung Walit) .. akan percaya.. perlu sedekah, bermurah hati, menderma  dan sebagainya. apabila diberitahu oleh, tokey Cina yang sudah kaya.. bahawa Derma itu akan meningkatkan hasil tuaian burung walit..amat dangkal.. dan hanya setakat itu kefahaman kita tentang Rahmat Allah. hingga perlu ditunjuki oleh orang kafir untuk melakukan sesuatu yang digalakkan dalam Agama.

AWAS: hati hati.. disini.. kita telah mensia-siakan amalan derma kita sekiranya perkara yang baik ini didasarkan atas kepercayaan untuk mendapat balasan. kerana kaum bukan islam buat begitu.. maka kita pun perlu buat beigitu untuk berjaya.

Bolehkan kita,, meletakkanya begini.. aku dermakan ni, sedekah ini.. kerana Allah.., mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah.. kerana kita lebih berhak bukannya orang kafir yang tidak mentauhidkan Allah.
Zakat dan  Derma itu lebih berhak ke atas kita.

Maka.. soal rezeki dariapda langit ini.. kena berusaha, berusaha, berusaha, bertawakal sambil berdoa. setelah habitat. yang disediakan... itu sudah menepati..kehendak burung walit 100%.

Selebihnya serahkan kepada Allah.

Kebanyakkan Teman seperwalitan bersetuju... antara sebab-sebab lain yang menyebabkan BHW lambat dimasuki burung ( atau tidak masuk langsung) seperti berikut:

1) Status Tanah tidak jelas
2) Proses pembinaan melibatkan unsur kezaliman kepada orang lain
3)Pemilik seorang yang kikir, kedekut,
4) tidak jujur
5) Menggunakan wang haram
6) Dan lain-lain hal yang dilarang oleh agama.

Ini kerana, Rahmat Allah itu, ada hikmahnya.. untuk semua orang. bukan kita sahaja,  Kepada pemilik Walit, BHW anda .. adalah amanah untuk dijaga dan dimanfaatkan bukan hanya untuk diindividu.. tetapi untuk pembangunan umat Islam, agama dan negara.

Mungkin.. ada yang tidak setuju dengan Damak.. tetapi.. Damak tetap yakin.. hanya daripada sumber-sumber wang yang halal akan menyumbang kepada rezeki yang halal dan kemanisannya akan berpajangan hingga ke akhirat.. insyallah.

Wasalam.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 5 September 2011

Kursus Di TEMAN KB

As salam.. berkongsi suasana Kursus di TEMAN pada 3 September 2011.






sesi.. pagi yang meriah

er

Semua nampak berminat sangat-sangat


Ni  mungkin Damak cuba menunjukkan Gaya burung walit terbang kot!!!, beza antara seriti dan walit, dan lain-lain burung!


Semua tekun,, insyallah berjaya


Gambar kenangan.., Terima kasih semua peserta yang hadir.. 

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday, 4 September 2011

Membina Rumah Burung Walit : yang Berhasil dengan cepat..

Semalam, semasa menganjurkan kursus secara bersama dengan TEMAN. Damak berpeluang berjumpa dengan seorang pengusaha walit. yang hanya baru membina BHW selama 13 bulan. Namun hasilnya sudah 5 kg sebulan.

Damak.. bersyukur kerana berpeluang berkongsi cerita dan pengalaman dengan beliau.  Mengikut cerita beliau.. dalam tempoh seminggu selepas pembinaan sudah ada burung membuat sarang. Dan dalam tempoh 3 bulan pertama sudah ada ratusan sarang.

Damak ... hampir tidak percaya.. namun tiada yang mustahil..., kerana memang ia boleh berlaku.  Dan cerita beliau dikuatkan dengan bukti- bukti berikut

1) Kawasan BHW berada di kawasan kelapa sawit
2) Berhampiran dengan Gua
3) Berada dilaluan burung terbang antara kuala Krai dan Gua Musang.

Memang rezeki.. fi sama' .( Rezeki daripada langit).. Tanpa perlu banyak bersusah payah.. cikgu sekolah rendah ini boleh tersenyum dan berpuas hati dan bersyukur kerana nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya tanpa perlu banyak bersusah payah seperti orang lain.

Mungkin,, ini lah harta karun.. daripada langit. Dan Harta karun sekali pun perlu dikeluarkan zakat.. kalau tidak silap Damak 1/5 ( Zakat Rikaz).. Harta yang dijumpai.. wa 'alah ualam.  ..

Oleh itu... kepada pemilik BHW.. yang mahukan hasil yang cepat... bertaqwalah kepada Allah, bersihkan hati, sucikan niat.. dan ikhlaskan diri untuk mendapat kredhaan Allah .  Jangan tamak.. dan pasimis terhadap sedekah dan zakat.. kerana zakat itu menyucikan harta kita.  Insyallah/

Wasalam.
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..