Sunday 25 March 2012

Yuran Kursus Walit

Semalam,  ada seorang kawan kepada seorang kawan Damak.. memberitahu.. Damak.  Damak.. kenapa i  lihat dalam blog u.. yuran kursus murah sangat.. RM 250.00 dan siap dapat diskaun lagi RM 50.00.

Sedangkan kalau nak compare dengan  yuran kursus-kursus lain.. ada mencecah belasan ribu ringgit. paling rendah sekitar  RM600- 800. . Maka Damak senyum dan diam. dan berkata... u baca blog nanti i komen di blog.
ha ha.

Memang Damak sedar.. antara kos kursus yang paling murah di Malaysia. ialah kursus  anjuran Damak.  Alhamdullillah.,. ia mencapai sasaran Damak untuk menyebarkan ilmu dan tidak berlebih-lebihan dalam mengenakan cas / yuran kepada peserta kerana mahu mengalakkan golongan yang berminat dengan burung walit berkongsi idea dan ilmu.

Namun,. ada juga yang Damak dengar.. murah ni berkualiti ke?... sebab orang sering melihat yang mahal itu berkualiti dan yang murah sering dilihat dengan pandangan prajudis.
Sebenarnya tiada masalah untuk Damak mengenakkan yuran kursus sehingga RM 1000.00 . namun mungkin dalam pakej yang berbeza ataupun..masih kekal dengan pakej sama kerana itu adalah sesuatu yang amat mudah untuk dilakukkan.

Tetapi.. apakah beza kita ( kunikkan ) dan bagusnya Islam dan misi yang hendak kita capai pada sebelah kanan blog ini.. adakah ia selari?. Kursus yang Damak anjuran bukan sahaja murah., insyallah bermaklumat. dan akan membuka jalan-jalan kepada mereka yang hendak membina RBW.

Setakat ini hampir 700 orang alumni kursus Damak, alhamdullillah. ada yang bergelar, adik, abang, kakak, Makcik, Pakcik, Atuk Nenek, Dato', Dr, Profesor, Tan Sri telah datang ke kursus Damak.  syukur.


Maka menjawab soalan kawan kepada seorang kawan Damak. Alhamdulillah.. kursus Damak tetap kekal dengan harga RM 250.00. mengikut tempat dan keadaan semasa.  Dengan keadaan sekarang itulah yuran kursus yang paling rendah yang boleh Damak tawarkan.

Setakat ini.. Damak juga ada menerima jemputan daripada pelbagai hak persatuan pesara guru, tentera dan pihak-pihak pertanian untuk mengadakan sesi penerangan tentang burung walit.

Insyallah. sekiranya ada pihak-pihak persatuan, koperasi , atau IPTA yang berminat, untuk mengadakan ceramah dan sembang-sembang tentang burung walit.boleh hubungi Damak.. kerana ilmu itu tidak akan berkurangan kerana kita berkongsi.  insyallah.

wasalam.



Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday 11 March 2012

Dedikasi dalam Bekerja


Beberapa hari lepas Damak ada mendapat panggilan telefon daripada seorang pesara pegawai tinggi kerajaan untuk menyelangara RBW yang bermasalah. Setelah, menetapkan tarikh pertemuan dan masa. Maka kami berjumpa  Mengikut beliau sudah hampir 20 tahun bersara.  Wah maknanya usianya kini mencecah 74 tahun.  Namun, masih berminat  dalam kerja-kerja RBW.  Damak tanya kepada beliau, apa yang mendorong Aji ( org tua.. Damak biasakan diri panggil Aji)... terlibat di dalam industri burung walit, belia menjawab.. dia sudah letih berurusan dengan manusia, dan cuba meminamakan urusan melibatkan gelagat manusia.  Namun.. hakikatnya.. kita tidak dapat menolak untuk berurusan dengan manusia selagi kita hidup.  Apabila kita meninggal dunia.. orang yang hidup menguruskan kita.


Namun, apa yang Damak ingin kongsikan, beliau mempunyai ciri-ciri seorang yang amat komited dan didikasi dalam kerjanya.  Walaupun.. sedar akan keterbatasan upaya kerja dan kudrat yang dimiliki.. dia masih cuba membantu sedaya yang termampu.

Damak, kagum ..apabila setiap patah kata-kata dan nasihat Damak tentang RBWnya ditulis dan ditandakan pada buku kecilnya.. mungkin sebagai catatan untuk ingataan.. mungkin kerana faktor usia. atau mungkin untk memastikan segala dilakukan dengan penuh teliti dan rapi.

Apabila.. Damak memasuki RBW yang berusia hampir 2 tahun itu Damak lihat terdapat lebih daripada 100 sarang Burung Walit, alhamdullillah.. antara ciri -ciri RBW yang akan berjaya.  Damak pun mula meninjau. apa-apa perkara yang perlu diselengara dan update.. sesuai dengan usia RBW beliau.

Seperti biasa.. Damak akan mengambil sekeping kertas dan mula menulis dan senaraikan apa yang perlu dilakukan.

Mengikut beliau.. RBWnya mula mengalami kesusutan dalam jumlah sarang bukan semakin bertambah.. sepatutnya.. hasil semakin bertambah.

Damak. senyum dan biar dia menghabiskan cerita-cerita tentang RBWnya.

Setelah , itu.. dia meminta Damak melakukan kerja-kerja penyelengaraan yang perlu.  Damak.. lakukan apa yang sempat,,

Baik kepada tajuk entri ini, Damak kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh Aji ini.  Seorang yang lemah lembut, dan amat didikasi dalam kerja-kerjanya.  Dalam, menguruskan hal-hal walit. Tuhan pertemukan dengan pelbagai rencah dan ragam yang menarik untuk kita teladani.   Damak yakin.. dan insyallah, sikap dan mentaliti kita amat mempengaruhi cara kita berfikir, bekerja dan seterusnya hasil yang bakal kita perolehi. Damak doakan Aji ini.. dan RBWnya akan sukses. insyallag.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..