Iklan Nuff

Pakej Suara Walit untuk di Jual

Terdapat beberapa pakej menarik untuk dimiliki

Pakej A = 10 suara luar dan 2 suara Dalam RM 150.00 sahaja

Pakej B =20 Suara luar dan 4 suara Dalam RM 250.00 sahaja


Kita Berusaha Allah tentukan.
hubungi 017-978 4268. untuk maklumat lanjut.


Friday, 18 May 2012

PERNIAGAAN YANG DIPOLITIKKAN



Kita melihat hari ini dengan debaran bila Parlimen dibubarkan. Bila pilihanraya yang diadakan.  Dengan himpunan BERSIH dan beberapa keadaan yang mencabar sekarang ini. Terdapat pro dan kontra yang berada bergelegar di sekitar kita.

Isu penyenaraian FELDA menjadi buah mulut media dan orang kampung tergangga tertanya-tanya apakah nasib dan malang yang bakal menimpa. Mereka mungkin berpegang kepada untung sabut timbul... untung batu tenggelam ke dasar permainan politik dan percaturan yang mereka gelap di dalamnya.

Hal yang sama mungkin berlaku kepada industri BW Malaysia.  Dua hari lepas di dalam berita Perdana dikatakan harga EBN akan  semakin pulih. Entah dari mana datang spekulasi itu.  Sedangkan hakikat sekarang harga elok sedikit., Sudah hampir 8 bulan harga berada di tahap yang bahaya.  Dan sekarang apabila menjelang pilihanraya. Tetiba harga dikatakan naik pula.. Apakah asas dan sandaran yang diletakkan untuk mengatakan harga naik.

Sebagai pengusaha kita tidak mahu dipermainkan harga dengan politik semasa.  Pihak bertanggungjawab biarlah telus dalam menyebarkan berita dan maklumat.  Janganlah,, disebarkan berita-berita yang seolah-olah untuk bersifat provokasi.

Terdapat pendapat mengatakan harga EBN telah dipolitikan semata-mata kerana pilihanraya. Pihak tertentu merancang menimbulkan masalah dan kemudiannya apabila tiba pilihanraya mereka muncul sebagai hero yang menyelamatkan sesuatu dengan tujuan untuk memancing undi.  Sekiranya ini benar. Maka ini tidak profesional.  Tidak seharusnya ini berlaku kerana ia melibatkan ekonomi rakyat dan pengusaha yang telah melaburkan banyak modal dalam industeri ini.

Hal- hal perniagaan, pekerjaan, masalah pekerjaan sering menjadi jarum-jarum politik  yang dicucuk pada rakyat.  Kemudian mereka datang sebagai peyelamat dengan mencabut jarum-jarum yang telah dicucuk sebelum ini.

Sekiranya ini lah yang berlaku di dalam industri EBN dan burung walit.  Ia amat tidak sihat dan tidak bertanggungjawab.  Sekiranya sesuatu masalah itu boleh diselesai dengan pantas dan cepat.  Tidak perlu jadikan ia sebagai satu bahan kampen politik atau pilihanraya kerana ia akan menampakkan ketidakikhlasan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Seorang pemimpin dipilih oleh rakyat dan mereka sepatutnya bersedia bekerja untuk rakyat.  Mereka sepatutunya apabila berjumpa rakyat bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana telah memilih mereka untuk bekerja demi rakyat.  Oleh itu, saya melihat strategi yang amat salah sekiranya bidang-bidang ekonomi yang melibatkan rakyat dalam sekala besar dipolitikkan.  Isu FELDA, isu EBN, isu pengangguran, kerjaya dan sebagainya telah dilihat sebagai cara berkesan untuk menjamin keberlangsungan kuasa pemimpin.

Akan tiba masa, rakyat akan sanggup mengabaikan apa yang mereka ada atau idamkan kerana semata-mata untuk keluar daripada sistem yang berterusan menekan mereka.
( Maaf sekiranya tulisan ini agak berbau politik, namun penulis terpaksa bersuara agar pihak berkuasa sedar bahawa peladang EBN tidak sanggup lagi dipermainkan dalam industri burung walit ini).

wasalam.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment