Iklan Nuff

Pakej Suara Walit untuk di Jual

Terdapat beberapa pakej menarik untuk dimiliki

Pakej A = 10 suara luar dan 2 suara Dalam RM 150.00 sahaja

Pakej B =20 Suara luar dan 4 suara Dalam RM 250.00 sahaja


Kita Berusaha Allah tentukan.
hubungi 017-978 4268. untuk maklumat lanjut.


Sunday, 12 February 2012

Nilai sebuah kebenaran dan keikhlasan aka Amanah

salam,
Termenung Damak sendirian berfikir dan terfikir dikala kita diuji dengan pelbagai cabang, dari kiri dan kanan.  Dihentak dan digertak dengan pelbagai macam fitnah dan tomahan.  Kita sepatutnya masih boleh berkata Alhamdullillah kerana ujian itu untuk mematangkan akal fikiran dan  menjadikan kita lebih kuat.

Perjanjian dan ikatan yang dibina melalui kata-kata senang cair dan mula menjadi air liur basi lagi busuk.  Ia kemudiaan akan ditafsir mengikut maklumat dan tanggapan kita.  Sekira kita mendapat pihak A becerita, kita akan mengatakan A benar.. dan B salah.  Sekiranya kita mendengar B.. kita akan mengatakan A pula salah.

Dan kebenarnya sebenarnya telah ada di dalam diri kita.  Dan kita gagal mengawalnya kerana terpengaruh dengan gelodakkan nafsu yang membuak-buak.   Lalu senang sahaja kita paparkan ia di ruang-ruang blog, fb, twitter, skrin sms dan sebagainya.

Penampilan manusia sering kita lihat dan kita pecaya kepada penampilan itu, Wa hal.. ia bukan hal yang sebenar untuk melihat hakikat hati dan budi seseorang.   Kekadang apabila kita percaya kepada penampilan itu, kita akan berikan amanah dan amanah itu di khianati,  maka percayalah ia amat pedih.. kerana ia telah menjadi racun yang berangkai yang merosakkan seluruh ikatan amanah dan janji yang berlaku disekitarnya.

Maka, hati- hati bermain dengan amanah. Amanah itu amat berat,.. pernah satu masa.. Allah hendak memberikan amanah kepada bukit... bukit menolaknya kerana amanah Allah itu amat berat, Dan kita manusia menerima Amanah itu dengan mudah dan merosakkanya.

Apabila amanah itu rosak... maka kita mencari-cari.. siapa yang perlu dipersalahkan atas amanah itu.. dan menghukum mereka, sedangkan ia merupakan sebahgaian kita daripada mereka yang diamanahkan untuk melakukan amanah tersebut.  Maka, dia yang kecil ini terhukum sama.  Dan mula bercakap tentang benar dan kebenaran, amanah dan tanggungjawab, agama dan soleh, dosa dan pahala, dunia akhirat.  Namun, memang benar... penghakimana Allah itu lebih adil dan mahal adil, kita akan mendapatnya di sana, wasalam.
DAMAK : Dunia alam maya akhirat kekal.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment