Thursday 21 October 2010

Walit Suka Cerah...?

salam..saya terbaca satu posting  kawan di laman forum yang mengatakan beliau berpendapat walit muda suka pada keadaan cerah.  walit akan banyak tidur dikawasan cerah.  Saya kurang pasti benar atau tidak... tapi. antara alasan beliau, apabila cerah,, walit bukan setakat menggunakan ekolasi.. sebaliknya boleh menggunakan mata.., keaadan di gua sebelum ini.. memang gelap kerana.. apa yang lebih diutamakan oleh burung adala suhu dan kelembapan.. untuk memenuhi ciri -ciri ini, cahaya tidak dapat dielakan.. namun dalam soal rumbah burung lampu memainkan peranan penting...

dan damak terfikir.. pernah satu masa dulu.. lupa tertutup suiz lampu... tapi burung masih tetap ada ,, dan tiada masalah... mungkin kita boleh fikir-fikirkan hal ini..



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Monday 18 October 2010

Betul ke? Ada cacing, Haram. Halal

Semalam ada suara- suara sumbang yang dilontarkan oleh mereka yang mempunyai niat yang kurang baik terhadap usahawan walit dengan mengatakan " Sarang yang dihasilkan di Rumah Walit tidak selamat kerana ada ada ancaman cacing".

Ini tentu sekali satu tomahan liar yang tidak berasas.  Sekiranya kita faham tentang asas burung walit ini.  Tidak mungkin akan berlaku demikian.  Mana tidaknya.. burung ini tidak pernah memijak tanah, hinggap pada pokok, melainkan hinggap ditempat hendak bersarang.  Dan ketahanan kayu meranti amat dipercayai dan teruji susah untuk dihinggapi oleh perasit.  Sebab itulah kita menggunakan kayu meranti- Dan meranti yang dicadangkan ialah meranti merah- meranti bukit.

Jadi.. kepada mereka di luar sana yang kurang arif dan bukan ahli dalam bidang walit, janganlah cuba menabur fitnah dan membesar-besarkan perkara yang kita tidak pasti. Ini kerana ia tiada lain melainkan akan menunjukan kita tidak berilmu dan tidak tahu.

Oleh itu, perbuatan mereka ini kita boleh anggap seperti cuba memasukan pasir ke dalam periuk nasi orang lain.  Hal yang sama apabila ada dikalangan mereka yang " alim" mempersoalan haram halal, sarang burung.  Kiasan paling mudah dan jelas-. ambil lah contoh lebah, kita tidak makan ibu atau anaknya, tetapi kita makan madunya, yang datang daripada mulut serangga itu, hal yang sama dengan burung walit.  Perbandingan lain ada yang mengaitkan dengan penyu dan telur, kita tidak makan ibu penyu tetapi makan telur penyu.  Oleh itu, janganlah kita membuat tuduhdan melulu tanpa kajian dan sekdar dengar cakap-cakap sahaja.

Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus dan halal.  Untuk tujuan perubatan. Malah banyak peten produk layang-layang telah mendapat pengesahan sijil JAKIM.  Oleh itu, tidak timbul soal haram lagi dalam soal perniagaan sarang burung ini.

Antara justifikasi kita apabila mengatakan sesuatu binatang itu halal haram dimakan.. antaranya.. binatang dua alam, binantang bertaring, binantang berbisa, babi dan anjing, binatang menyambar dengan kuku, binantang dilaut yang menyerupai binatang di darat, binantang kesayangan ( terlalu cantik), atau binatang jijik ( jelik) dan Biantang makan bangkai, lain-lain lagi yang kita boleh faham kalau kita belajar. Antara sesetengah mazahab tidak makan binatant seperti sotong dan kerang kerana mereka mengunakan satu saluran untuk makan dan untuk buang najis ( wallahu alam).

Namun dalam soal, burung walit, mereka tidak makan menyambar menggunakan kaki, sebaliknya mengunakan paruh, sama seperti ayam, cuma ayam binatang kecil di bumi. Sebaliknya,... burung layang-layang memakan serangga  ( kecil )di udara.  Dan seterusnya akan menghasilkan air liur untuk dijadikan sarang kepada anak mereka.  Maka yang dimakan adalah sarang ( air liur) bukan serangga tadi.   Maka peranan walit sebagai satu egen yang mengubah serangga ( makanan lain) menjadi satu lelendir yang seterusnya dikumpul untuk menjadi sarang. 

Proses yang sama , kita tidak memakan tanah secara terus, kerana tidak boleh memakanya. Namun kita boleh memakan ubi kayu, keledek, keladi, dan sebagainya yang berada di dalam tanah dan telah diproses oleh tanaman untuk Allah berikan kita makan supaya kita bersyukur kepada Nya. Maka dalam konteks ini. apa sahaja bahan yang kita makan mestilah diketahui punca dan asal usul kejadiannya daripada Allah untuk memboleh kita bersyukur kepdanya dan bukan kufur.  Oleh itu, setakat pengetahuan dan pengamatan saya. tidak timbul soal haram dan membahaya dalam soal memakan sarang burung walit.  Malah kajian telah membuktikan ia kaya dengan serat dan proten yang baik untuk kesihatan manusia.  Maka yakin dan percayalah, kita tidak membuat sesuatu yang bertentangan dengan agama.  Ini adalah satu pelung untuk kita rebut agar kita setaraf dengan mereka yang lain. Wasalam

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Thursday 14 October 2010

Teknologi terbaru.. apa tu

Rujuk laman web ni,,, Boleh digunakan untuk sarang burung,, tetapi poket mesti tebal!!!!


http://tclmalaysia.com/contactus.php

dan

http://tclmalaysia.com/resources_incide.php

teknologi menarik untuk dugunakan pada BHW

"SATAC" is a Spray Applied Thermal and Acoustical Cellulose insulation for application to virtually any construction surfaces and is specifically designed for commercial building applications.




It consists of two (2) unique product components :



1. "SATAC" spray grade cellulose insulation



2. Encotec commercial spray adhesive



These two items were designed to work in combination with each other and are applied to the internal surfaces of a building component which creates a monolithic seal that controls sound, condensation and thermal transfer.



The cellulose is spray applied in a continuous flow directly to the surface. The adhesive permanently bonds the cellulose to the substrate forming a monolithic seal that virtually eliminates air infiltration. This thermal barrier helps control condensation and improves the acoustical environment of the structure.



The "SATAC" system creates a complete building envelope, resulting in high thermal performance, while enhancing the value of the building with its attractive, seamless and energy efficient finish.



While SATAC is primarily used for its superior sound and moisture control characteristics, it also possesses excellent qualities of regular cellulose insulation when it comes to energy efficiency and fire protection.



It is easy to apply in :



- Office Buildings



- Manufacturing Plants



- Warehouses



- Schools



- Hospitals



- Motels / Hotels 

- Bird house / Rumah walit



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Makanan Tambahan untuk Walit!!!

Antara makanan tambahan walit yang sering menjadi bualan umum..

1) pokok petai belalang  (Leucaena leucocephala)





2) Pokok Ara



3) Pokok Keriang



buah keriang



4) Pokok Gelang Tikus ( tak jumpa gambar).. tapi buahnya bertangkai seperti buah keriang juga.. cuma berwana putih.  Boleh dimakan.. rasanya sejuk-- manis.. seperti kita makan ising kek..




5) Pokok Ghucil  ( tak jumpa gak gambar dia.. tapi ada nama tempat ni Kelantan nama Ghucil.. sempena nama pokok ni)



6) Pokok Kelapa Sawit.  ( semua tahu)




Tu.. semua pokok-pokok... tapi kenapa pokok.. Senang aje.. sebab pokok ini banyak didiami oleh serangga yang menjadi makanan utama walit. 

Mungkin boleh ditanam di sekitar rumah burung kita. Kalau tak nak membazir.. kita tanam petai belalang, pokok ara, buah boleh buat ulam,  sayur-sayur lain pun boleh gak... tak ada masalah... berbudi pada tanah.. tiada sia-sia. Insyallah.

Kalau di dalam rumah burung.. makanan tambahan yang boleh kita lakukan . Mungkin menyediakan adunan berikut. Sangat mudah dan simple

1) Roti Slide , susu pekat manis, campur air,

masukan dalam satu bekas.. peram atau perap 2 hari.. biasanya kita akan lihat serangga akan berkeliaran di kawasan itu.. Dan ini amat sihat untuk makanana tambahan walit.. ( Wallahu alam)

Cuba laah...

Last sekali,, kalau nak suruh burung ramai macam pokok dalam gambar kat SUK tu.. jenuh nak tanam pokok tu.. berapa puluh tahun.. nak sebesar tu.. ha ha..


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Apakah Rahsia pokok ini?

Pemandangan di Depan SUK. ( Kota Darul Naim)-- gambar di ambil pada pagi ni (14/10/2010..)



Gambaran pertama. Damak tengah menunggang motor sekitar jam 8.00 pagi.

Terus berhenti.. dan teringat ada bawa camera. Apa lagi.. snapp beberapa gambar untuk dikongsi..




Meriah.. betullll



Jarak lebih dekat...

ribuan.. walit berlegar-legar




Allah hu akhbar!!!


Tak terhitung.. tapi  boleh hitung di sini.. ha ha


Lagi...





Bateri dah nak abis laa pulak!!!



Tapi sempat lagi.. snapp last picture.





Ok.. puas hati.. Alhamdullillah.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Wednesday 13 October 2010

Riwayat Sang Walit yang Rajin

Pada zaman dahulu kala, di negeri entah berantah, mungkin di ngeri bawah angin dengan kelembapan 80- 85 ,suhu 25-30 tinggalah sekumpulan walit dengan bahagia.  Mereka tinggal dengan riang, hidup dengan ceria, di bawah langit Tuhan.  Dengan rahmat dan kurnia Tuhan Walit ini dikurniakan satu pasangan yang setia.  Dari mula menetas mereka bersama hingga hujung akhir haya tiadalah terpisah juga.

Tinggal dalam rumah gelap , dengan suasana ceria bersama ribuan keluarga walit yang lain.  Mereka akan mula keluar untuk mencari makan seawal subuh dan balik menjelang senja.  Sungguh permai hidup mereka tanpa ada apa-apa gangguan.

Al kisah tersebutlah kisah satu keluarga walit yang dipanggil Lik Pak, bersama pasangannya Lik Bu.  Mereka tinggal di sebuah rumah gelap di Pasir Mas. Walupun rumah itu, tidak lah sebesar rumah-rumah lain di bandar-bandar sekitarnya namun mereka sungguh bahagia.  Teringat lagi ketika mereka mula mendiami rumah itu sekitar 7 bulan dulu.  Keadaan rumah itu sudah  banyak berubah.  Dulunya ia sangat panas, Namun Allhamdulillah setelah beberapa ubah suai , rumah itu menjadi kegemaran Lik Pak dan Lik Bu. 

Nampaknya rutin harian mereka sekarang semakin sibuk setelah dikurniakan dua zuriat.  Syukur mereka selamat menetas dengan suhu rumah burung yang sesuai.  Mereka membesar tanpa gangguan daripada lipas, semua, lipan, musang dan lain-lain pengacau yang menjadikan mereka tidak tenteram.  Pada waktu ini mereka agak bertuah kerana berkesempatan membina sarang tanpa banyak menggunakan air liur kerana rumah tersebut telah terdapa kemudahan sarang tiruan.  Dan mereka sedar, mereka tidak boleh mengharapan sarang tiruan itu sampai bila-bila.  Akan tiba masanya , mereka harus membina sarang sendiri untuk menjadikan habitat ini mereka kuasai dan diami sampai ke anak cucu.

Rutin harian mereka bermula dengan keluar mencari makan terdiri daripada  serangga kecil, seperti kekatu, api-api, dan lain-lain serangga kecil yang berterbangan bebas di angkasa luas.  Mereka amat cekap menangkap serangga ini kerana keupayaan sayap Lik Pak dan Lik Bu sunggup luar biasa.  Lebih panjang daripada tubuh badan mereka.  Mereka mampu melucur dengan mudah tanpa banyak menggunakan tenaga.  Ini menjadi mereka mampu terbang untuk satu tempoh jangka masa yang panjang hampir 12 jam.

Setelah mempunyai anak-anak walit yang kecil ini, mereka perlu pulang pada waktu tengah hari untuk memberi makan dan air minuman kepada anak-anak walit.  Ia menjadikan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab.  Alangkah ria, hati mereka apabila melihat anak-anak mereka membesar.  Kelak mereka akan menjadi zuriat pertama yang akan mendiami rumah gelap itu.

Walaupun, rumah itu  gelap. Kebijaksaan Allah tiada tandingan. Mereka masih mampu terbang dengan menggunakan isyarat klik atau ekolasi.  Mungkin sistem yang sama diguna pakai oleh ikan paus ataupun kelawar.  Namun, mereka tidak sekali-kali sesat kerana terbang dalam gelap merupakan satu kepakaran bagi mereka.

Lagipun. mereka agak bertuah kerana hanya perlu mengekori bunyi-bunyi yang telah terdapat di dalam rumah burung itu.  Bunyi-bunyi ini akan melontarkan satu isyarat kepada mereka berdua dan seterusnya akan memantulkan imej dan bentuk bangunana sehingga mereka mampu terbang tanpa melanggar objek sekeliling.

Terkenang Lik Pak dan Lik Bu, sebelum mengeramkan anak mereka berdua ini.  Mereka telah menempuhi satu zaman yang amat getir.  Membina sarang mereka dengan air luir. Walaupun , mereka menumpang sarang palsu namun air liur mereka tetap diperlukan untuk menjadikan sarang yang bakal didiami lebih selesa.

Porses membuat sarang oleh mereka memakan masa hampir 45 hari. Dan seterusnya mengeram.  Keseluruhan proses mengambil masa hampir 3 bulan atau mungkin 85 hari.  Namun ia banyak bergantung kepada cuaca dan suhu di dalam sarang mereka.


Kerajinan mereka ini, menjadikan mereka amat dihormati dan mempunyai nama tersendiri dalam carta burung-burung yang dikehendaki.  Walaupun  kakinya lebih, saiznya kecil. parunya tidak panjang, Namun semangat dan iltizam sang walit ini amat perlu dikenang kerana ia menjadikan mereka mendapat kedudukan yang tinggi di mata manusia.

( Tulisan cereka di waktu petang saat mata mula mengantuk lepas solat zohor)


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Bila hati rasa gelisah

Rasa nak buat pilihan jadi serba salah.  A atau B atau C atau tidak buat pilihan, kerana itu sendiri pun satu pilihan.

Setelah kita cerapkan dengan akal dan usaha.  Setelah kita teliti baik buruk.  Setelah kita kaji dan tanya pendapat mereka yang lebih tahu. Setelah yakin dihati dengan persediaan untuk membuat pilihan.  Maka buatlah pilihan, tanpa perlu rasa kesal dan sedih.

Tawakal kepada Allah.   Bermula untuk membuat pilihan, sama ada nak buat BHW atau apa sahaja. Asas dan pilihan kena kuat.  Jangan teragak-agak kerana pada waktu itu, Setan mula mengambil bahagian.

Cuma sering menjadi batasan, modal dan peruntukan.  Semakin tebal poket semakin banyak pilihan.  Dan semakin panjang akal, semakin sempurna sesuatu pilihan kerana sifat berhati-hati mengiringi perbuatan kita.

Lalu, apa yang kita gelisah, apa yang dirundung hati gundah kerana ia telah selesai apabila kita membuatnya dengan penuh cermat dan bertaqwa.

Seorang kawan yang berpengalaman ada menceritakan, segalanya bermula dengan sikap dan pandangan. Sekiranya pandangan dan sikap optimis, kita mampu melihat diluar tabir masa dan melihat dengan penuh peluang.

Senantiasa ada peluang disebalik cabaran, dan cabaran itu menjadi semakin menarik apabila kita mampu menyelesaikan/ menghadapi satu persatu.  Hadapi dengan tenang, pujuk hati jangan  gelisah, tidak perlu gundah.  Harungi ia dengan satu emosi yang tenang.  Mudahan positif dan tenang menjadi sebahagian daripada perjalanan yang panjang ini.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Tuesday 12 October 2010

Hanya " Air Liur"



Damak Publish kembali... puisi untuk gambaran minat dan kasih mendalam Damak terhadap Walit.





Hanya sarang burung
dari liur dan jerih
dari cinta dan kasih
dari air tasik, sungai, kolam , laut yang jernih

Hanya air liur
berwarna putih, merah , kekuningan


"katanya merah dari darah derita" . Pasangan berduka cita.
Kehidupan tidak sempurna
dijalin tekun tanpa leka.


Sang walit emas putih, hitam
terbang hinggap di Tanah Asia
Di Tanah Arab emas hitam
Tanda Tuhan Adil dan Sayang.

Dari liur menjadi keras,
untuk kesayangan didik tercinta
bertelur mereka hanya sepasang
bercerai mati falsafah cinta.

Dari udara terbang melayang
menyewah serangga liar berterbangan
setia sungguh membuat sarang
pendoman kita mengenal Tuhan.

Walau kakinya lemah lembek
bukan bermakna dihina keji,
Namun dipuji , dipuja sayang
kukunya tajam mencengkam meranti.



Bangga pujinya pada sayapnya
pada tekunnya, pada ikhlasnya
pada setia dan padu janji

Sang Walit Rajawali  kecil hitam
memberi ikhtiar dan peluang
anugerah Tuhan untuk hamba
mengenal alam, diri dan iman.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Monday 11 October 2010

Mengusahakan BHW mengabungkan beberapa Tradisi Ilmu

Semua tahu kenapa kita membuat Rumah Burung.  Jawapannya untuk mendapat sarang untuk dijual!.  Digunakan untuk kesihatan dengan harapan hidup kita lebih berkualiti.

Semudah itu jawapan yang kita dapat.  Namun, percaya atau tidak untuk mendapatkan jawapan semudah itu.  KIita perlu mengabungkan berberapa ilmu.  Antara ilmu yang paling penting ialah ilmu kejuruteraan bangunan, ilmu elektrik, elektronik, Ilmu Bunyi, Ilmu alam habitat haiwan , Ilmu Falak, Ilmu Geografi, Ilmu Matematik, Ilmu Perniagaan, Ilmu menguruskan emosi, ilmu kimia ( racun), dan lain-lain ilmu.  Pendek kata, kita mesti mempunyai banyak ilmu.  Namun dalam Islam, kita memanggilnya sebagai satu ilmu, iaitu ilmu agama Islam kerana Islam merupakan satu cara hidup.

Dan dalam konteks hari ini, semua ilmu-ilmu ini boleh "dibeli" dengan mudah.  Berikan sahaja duit kepada kontraktor.  Mereka akan menyelesaikan hampir 80 % masalah ilmu kita.  Cuma kita sebagai pengusaha akan ketinggalan dan ralat perkembangan ilmu.  Sampai bila kita boleh mengharapkan ilmu itu dibeli dan duit menguruskan segala-galanya. Ada masanya duit itu tiada nilai kerana sesuatu itu tidak boleh dinilai dengan wang.  Mungkin kepuasan iman dan keyakinan kepada kemampuan diri yang dianugerahkan Tuhan kepada kita. Bersyukur atas nikmat ilmu yang tiada tandingan.

Bermula dengan ilmu alam, falak dan geografi.  Kita meneliti habitat dan tempat yang strategik untuk dijadikan bangunan tempat walit bersarang.  Setelah dikenal pasti.  Maka datang pula ilmu kejuruteraan bangunan untuk melihat kekukuhan dan kesesuaian bangunan.  Dipaterikan dengan ilmu matematik dan ilmu perbendaharaan ( kewangan, pengurusan).  Maka kita mula memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan habitat BHW sama seperti habitat asal. Maka datang ilmu alam haiwan. Kita meneliti juga habitat musuh walit, ragam dan budidaya walit bersarang.  Maka kita memilih untuk menanam racun serangga dan anai-anai agar bangunan tidak dimakan anai-anai. Disini memerlukan ilmu kimia dan metematik seperti  RV/ O . iaitu R =  required concentration, V= Volume Required, dan  O = Original Concentration.  Tersalah campur keracunan kita.

Kita tidak boleh berhenti disitu, ketika bangunan hampir siap.  Kita sudah boleh berkira-kira untuk memasang litar elektrik, dan elektronik.  Sama ada untuk bekalan utama, speaker, CCTV dan sebagainya.  Datang pula ilmu bunyi. Maka ada lah pula pelbagai versi bunyi yang perlu kita ambil tahu.  Tidak cukup dengan bunyi, pemilihan speaker dan amplifire juga cukup penting.  Setelah itu, datang pula ilmu alam, kita perlu mengambil kira suhu dan kelembapan bangunan.  Perkara-pekara ini amat penting dan harus dijadikan keutamaan.

Pendek cerita, semua ilmu ini adalah milik Allah.   Lautan ilmu Allah yang tiada tara dan tiada banding.  Luas sungguh.  Tentu sekali kita tidak mampu mencebuk semuanya.  Hanya ilmu-ilmu asas yang patu kita tahu. Namun amat penting untuk kita mengambil tahu apa yang patut kita tahu.

Dan akhirnya., BHW kita siap. Lain pula cabaranya, Walit tidak ramai, kurang menjadi.  Apa yang harus kita lakukan. Ubahsuai lagi, bersabar (ilmu menguruskan emosi), dan usaha dikuatkan dengan doa.  Insyallah kita yakin.  Tuhan akan bersama-sama mereka yang sabar.

Kerana, apabila kita berhadapan dengan cabaran.  Masih ada perkara baik dengan perkara itu, iaitu kesabaran yang lahir daripada cabaran itu sendiri.  Ilmu-ilmu ini harus dikumpulkan dengan diikat erat sebagai satu bekalan utuh kita dalam kehidupan.

Dan paling akhir.  Barulah kita mendapat satu kualiti sarang untuk jadikan sumber perubatan untuk kesihatan manusia.  Agar manusia ( kita) tidak lupa kepada Tuhan.  Mudahan. Perusahan walit ini menjadi satu titik penting kepada kita untuk menginsafi kebesaran Tuhan.  Tuhan bukan satu halangan kepada kita sebaliknya penyelamat yang akan menolong kita.  Pemurah yang Maha Boros dengan Nikmat yang kaya dengan Rahmat.    Tidak kedekut, Maha mengasihani.  Berjayalah wahai orang-orang yang percaya  dan Yakin kepada Allah dan hari Akhirat. Wasalam








Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday 10 October 2010

ALEGORI 101010

101010

Tarikh keramat berlaku hanya sekali 1000 Tahun.

Itulah hari ini dalam sejarah. Dalam sejarah peradaban manusia.  Untuk melalui hari ini, kita perlu menunggu 1000 tahun lagi. Mustahil untuk kita hidup 1000 Tahun, tanpa izin Allah. Namun itulah kepercayaan Maharaja China apabila mengarahkan rakyat jelatanya mencari penawar untuk hidup selama-lamanya.

Dan Walit adalah salah satu kegilaan yang ditemui oleh Rakyat China hampir 1000 tahun dulu.  Usia itu memang sudah lama.  Dan sekiranya, ia memang berkesan. Tentu kita masih boleh berjumpa dengan maharaja China hingga ke hari ini.

Tiada siapa yang mampu bertahan selama itu dan tiada siapa yang akan hidup selama itu melainkan dengan izin Allah.  Kerana Firman Allah " setiap benda hidup pasti akan mati". Maksudnya. Semua perkara akan mati dan sia-sia melainkan Allah.

Cuma dalam keadaan itu, jangan kita jadikan usia dan usaha kita ini sia-sia.  Jadikan ia bermakna dan bermanfaat.  Berusahalah untuk menjadi berjaya dunia dan akhirat.  Orang Islam, dihormati kerana harta dan ilmu, dan iman yang ikhlas. Sekiranya seorang hartawan yang berilmu, ikhlas dan dermawan.  Mereka akan mendapat keisitimewan di Syurga Allah.

Oleh itu, 1000 tahun sudah berlalu, dimana kita, bila kita hendak bermula.  Bangkitlah orang muslim, demi menyahut cabaran zaman dan Islam. Majulah dan berimanlah dengan Allah.  Damak kagum dengan usaha  KPJ ( Kumpulan Perbandan Johor) mengisytiharkan Jihad Ekonomi dengan membeli syer dalam KFC holding.  Hasilnya kita boleh memakan  KFC hari ini dengan sumbangan yang minima kepada Yahudi.  Berbanding dengan produk Fast Food yang lain seperti Mc'D.  Oleh itu, ini zamannya. Inilah masanya , jangna tunggu 1000 tahun lagi berlalu untuk kita membina sejarah. Sejarah bakal tercipta dan dibentuk dengan lahirnya ramai usahawan muslim yang bertaqwa dan menjadikan sistem ekonomi yang lebih adil.  Agihan pendapat yang lebih seimbang.  Zakat dikeluarkan dengan rasa ikhlas dan tanggungjawab membina umat. Perasaan tamak haloba dikikis dengan roh iman. Dan akhirnya kit bakal menyaksikan satu kebangkitan Ekonomi yang lebih adil dan kuasa Agama Allah dapat ditegakkan dan akhirnya belakulah seperti yang diriwayatkan Umat Islam akan menguasai dunia di akhir zaman.

Oleh itu, bangkitlah, berusahalah . Dalam apa bentuk ikhtiar yang mampu agar kita dapat menjadi sebahagian daripada elemen perjuangan ini.  Ia bukan perkara yang boleh berlaku dalam sekelip mata,  Ia mermerlukan kesabaran dan stratetgi yang khusus.  Oleh itu, misi dan impian kita tidak boleh bersifat peribadi.  Usahakan satu perniagaan dan perusahaan yang boleh diwarisi dan memudahkan zuriat keturunan kita untuk menjadikan mereka nanti mampu menjadi pewaris dan pembela kepada agama yang  tercinta ini.  Mudahan-mudahan niat ini tercapai.

Jadikan sistem ekonomi lebih seimbangan, hapuskan riba, taghut,kemungkaran, kuasa ekonomi boleh menguasai perkara-perkara yang berada dibawahnya.  Malah ada mereka yang beranggapan ekonomi itu Tuhan.  Namun, kita hanya perlu menyembah Tuhan untuk menjadikan kita aman dan tidak perlu menyembah wang.

Wang itu hanya hiasan, kuasa wang berngantung kepada pengurusan dan niat untuk menjadikan ia baik atau jahat. Ia banyak bergantung kepada iman.    Tarikh  merupakan satu nombor binari =101010 (  sekirannya dikira dengan gandaan dua ia bersamaan dengan 42),.  Ia merupakan satu deretan nombor binari yang harus dimaknakan dengan usaha.  Apakah makna 42 tahun itu?.  Adakah bermakna  jumlah rakaat Asar dan Subuh.  . Ramai orang kita memilih untuk mengabadikan tarikh ini sebagai tarikh perkahwinan, tarikah pembukaan, tarikh apa-apa sahaja.  Namun. Fahamilah... Umat Islam hanya akan lebih kuat sekiranya kita solat jemaah untuk waktu Asar dan Subuh.  Ini kerana, Waktu Asar adalah waktu paling sibuk dalam hidup kita, banyak urusan, mesyuarat dan sebagainya akan termakan waktu Asar. Dan Subuh kita bergelumang erat dengan selimut babi yang ditutup oleh Setan yang menjadikan tidur kita lena.  Waktu Asar merupakan satu waktu sebelum bermula hari baru di waktu Maghrib. Dan Subuh...satu waktu yang genting untuk kita..

Ataupun kita boleh faham Asar waktu Sang Walit pulang mencari makan .. pulang ke Rumah burung dan waktu Subuh.. sang walit galak keluar daripada sarang untuk mencari makan.  Sang Walit telah kekalkan tradisi ini untuk sekian lama.. lebih daripada 1000 tahun.   Namun, manusia berapa ribu tahun lagikah kita akan berubah untuk bertaqwa kepada Allah. Seperti kata lagu sepohon kayu" Walaupun hidup seribu tahun kalau tidak sembahyang tiada gunanya".

Maka dalam kita memahami dan menginsafi setiap perkara mengikut kaca mata Agama kita akan melihat semuanya saling berkaita antara satu sama lain. Mana mungkin, kita boleh mengatakan seorang Muslim yang tidak solat akan berjaya secara hakiki dalam usaha perniagaan yang diusahakan. Mana boleh seorang muslim yang ingkar akan tenang dalam urusan perniagaan sekiranya tidak mengeluarkan zakat.  Hal- hal ini harus dilihat dengan mata iman dan hati yang taqwa. 

Lalu, 101010... hanya satu tarikh , satu nombor, angka.. tiada yang keramat tiada yang istimewa.  Yang Istimewa adalah keinginan kita untuk berubah.   Sekiranya keinginan itu dapat sama-sama kita pupuk dan kekalkan.  Kita mampu membentuk satu empayar muslim yang berkuasa. Berjihad dalam ekonomi dengan memajukan diri sendiri.
Sekirnya kita fahami dan boleh merancanakan sesuatu yang bersifat hari ini dan esok tanpa mengabaikan Allah dan Manusia. Insyallah kita akan berjaya. Insyallah.  Mudah-mudahan tulisan ini juga akan menjadi satu titik sejarah kepada Damak dan kita semua. Insyallah.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Open Roof atau Doging Door ( Pintu Tepi)

Mana satu yang terbaik?



Semalam.. Damak ada lakukan sedikit ubahsuai pada speaker burung.  Daripada 1 speaker utama, Damak tambah kepada 5 Speaker Utama.

Apabila dipasang. test,.. wah.. walit makin galak.. berpusing-pusing di atas monkey house.   Sungguh riang ria mereka bermain. Berkejar-kejaran.. tiada masalah.. Dia tak perlu fikir pasal Adun Galas ni (4 Nov 2010) siapa Calon.  Sama ada Ku Li,, atau Orang Asli yang penting bagi mereka, habitat mereka tidak diganggu.

Namun, terfikir satu perkara di benak Damak.  Begitu Walit bermain-main di atas monkey house.  Alangkah senang dan lebih mudahnya sekiranya kita memikat mereka menggunakan open roof.  Tentu mereka lebih senang untuk masuk, tidak perlu terbang ke sisi dan masuk melalui pintu tepi.

Namun, akan ada cabaran lain sekiranya berbuat demikian, persoalan cahaya, suhu, cuaca, mangsa.  Hal-hal ini perlu diserasikan dengan bentuk bangunan.  Nampaknya, kena tunggu dulu.  Tengok 2-3 minggu dulu.  Sekiranya perlu, mungkin perlu diubah.

Masing-masing ada kelebihan sendiri. Bagi burung dewasa, terjun ni memang kegemaran mereka. Tapi bagi burung baru, anak-anak muda.. ha ha gerun sikit agaknya.  Namun yang pasti... Damak mula percaya. Open Roof mungkin satu pilihan yang baik sekiranya BHW kita tunggal di kawasan itu, berada di tengah-tengah padang dan ditengah perjalan sang walit pulang.  Tambahan pula sekiranya ketinggan bangunan kita kurang daripada 40 kaki.




Logiknya, mungkin sang walit belum biasa dengan kawasan itu.  Kita memerlukan satu bunyi yang boleh bergerak tinggi dan panjang untuk sampai ke arah burung yang terbang agak tinggi daripada  BHW kita.  Batasan kita untuk meletakkan speaker mendongak 90 Darjah hampir mustahil sekiranya speaker itu bukan water proof.  Kebanyakkan speaker hari ini ialah weather proof.  Oleh itu, sekiranya kita mampu mencipta atau mencari speaker yang boleh melontarkan suara secara langsung ke langit, ia akan mampu menarik walit untuk singgah dan terjun ke dalam open roof.


Banyak kebaikan system ini, antaranya. ia boleh mengurangkan kebisingan bunyi pemanggil kerana ia diarahkan kepada atmosfera secara menegak 90 darjah.  Untuk memanggil walit sekitar.. kita mungkin boleh letakan speaker pada kedudukan 60 atau 45 darjah.. atau pada satah 0 darjah.   Kedudukan speaker pada pengamatan saya mempengaruhi lubang masuk sama ada secara open roof atau secara doging door.

Sekiranya ada bajet dan modal.. mungkin pelaburan berikutnya akan menggunakan open roof dan system SSS.  Namun yang menarik bagi open roof, kita perlu menyediakan satu kolam limpah dibawah, dan satu paip limpah untuk menampung lebihan air hujan di dalam kolam utama.  Atau pun sekiranya.. berlaku hujan yang lebat, kita mungkin perlukan bantuan motor untuk pam keluar air daripada kolam utama ini, agar rumah burung kita tidak terganggu oleh kelembapan air yang berlebihan.



Mudahan, cetusan idea ini memberi manfaat kepada semua. Wasalam.




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Thursday 7 October 2010

Biarlah mereka berkata begitu... "mereka tidak mengetahui"

Teringat antara buah mulut masyarakat kampung yang disampaikan kepada ibu Damak.  " bakpo tak nasihat anak tu,, habiskan duit banyak-banyak semata-mata nak wat sarang burung".. mak dia tak tegur ko"...

Cerita ini sampai ke telinga Damak... maka Damak memberitahu pada Mak Damak begini... terdapat satu cerita Mak pada zaman Rasullullah. " Satu masa Nabi Muhammad pergi berdakawah di Taif., Setelah berdakwah di Taif. Baginda nabi telah dicerca, diejek dan bukan setakat itu.. Malah dibaling batu hingga berdarah kepala dan dahi Nabi.. Maka Nabi Muhammad berundur diri. dan berehat di bawah sebatang pokok.

Lalu  Turunlah Jibril A.S bertemu dengan nabi dan bertanya kepada Nabi S.A.W " Apakah yang hendak engkau lakukan kepada mereka ( penduduk Taif ini).  Sekiranya engkau perkenankan akan ku balikkan bumi Taif,, dan akan ku hempapkan Bukit Taif ini kepada mereka semua.  Biar mereka rasakan balasan kerana menghina Kekasih Allah!..

Maka.. cuba kita teka apa kata Nabi Muhmaad yang amat kasihkan umatnya... "biarkan mereka.. ampunkan mereka kerana mereka tidak mengetahui.!"

Ya . Allah.. mulianya dan kasihnya Nabi kepada umatnya!.. Akhirnya pada zaman kegemilangan Islam. Ramai tentera dan panglima Islam yang hebat datang daripada bumi Taif.

Pengajaran.. cerita ini. Jangan kita menghukum dan memarahi mereka yang tidak tahu.. kerana Insyallah.. kemudian hari. mereka akan sedar dan tahu peri pentingnya perjuangan kita dalam menegakkan ekonomi orang Islam dan bumiputera.  Insyallah.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Menguruskan rumah walit atau menguruskan emosi dan perasaan.

Antara tips menarik yang saya peroleh dari bahan bacaan yang dijumpai dan dibaca.  Saya terlintas untuk menulis tajuk ini.  Apakah sebenarnya yang kita hadapi dan uruskan dalam kehidupan seharian kita.  Adalah menyelesaikan masalah atau menguruskan masalah atau mendatangkan masalah.

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh sarjana dalam membincangkan hal ini.  Pertama yang berpendapat. Kita tidak boleh menyelesaikan 100% masalah.  Namun apa yang perlu kita lakukan ialah menguruskan masalah.  Dan jauh sekali kita untuk menjadi kelompok yang mendatangkan masalah walaupun kelompok ini paling ramai dan paling popular.

Oleh itu, apa sebenarnya yang kita hadapi apabila kita berdepan dengan masalah dan cabaran dalam hidup.  Lain tidak melainkan kita menguruskan masalah. Masalah-masalah yang datang banyak daripada kesan langsung dan tidak langsung dorongan emosi dan fikiran manusia.  Oleh itu, kita seharus mungkin bijak mengawal diri, dan menguruskan masalah.  Maka keluarlah teori pelbagai. Antaranya pengurusan IQ, EQ, SQ dan OQ.  Walaupun pelbagai Q sekalipun... ia tidak lengkap sekiranya kita tidak berpandukan kepada Q yang paling besar iaitu " Quran" atau Al-Quran.

Maka Al-Quran mengajar kita menguruskan emosi atau hawa nafsu.  Dan mengingatkan kita tentang bahayanya bisikan syaitan.   Sekiranya kita kenal dua musuh dalam gelap ini yang sering menjadi teman gelap kita.  Maka Insyallah kita akan selamat.  Dorongan daripada dua teman gelap ini menjadikan kita mungkin tersalah membuat pertimbangan dan hilang sabar dalam menentukan sesuatu pilihan. ( Ini kerana saya berpendapat manusia tidak pernah membuat keputusan, apa yang manusia lakukan ialah membuat pilihan. Dan keputusan hakiki adalah milik Tuhan).  Oleh kerana kerterbatasan kita membuat pilihan kerana tidak mampu menduga perkara-perkara mendatang dengan tepat kerana itu adalah ilmu Tuhan.  Kita hanya boleh membayangkan berasaskan pengalaman dan pandangan yang tersekat oleh hijab Qadak dan Qadar Allah.  Maka, Al- Quran mengajar kita untuk berdoa dan yakin Bahawa pertolongan Allah pasti akan datang.  Setelah kita yakin mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhan yang sebenar.  Maka, elemen ini harus ada pada jiwa seorang usahawan walit muslim untuk menjadikan mereka tenang dan tidak dibayangi oleh rasa bersalah membuat pilihan.

Memang burung walit mempunyai habiat dan naluri yang  tersendiri yang berasakan kepada hukum  adat yang telah Allah tetapkan.  Maka kaji dan teliti hukum adat ini.  Hukum adat tidak akan berubah, sekiranya Hukum adat berubah maka tentu sekali bumi ini ... sudah sampai waktunya.  Ini kerana terdapat satu riwayat mengatakan bumi tidak akan kiamat melainkan matahari terbit sebelah barat.

Maka.. mendalami dan memahami hukum adat naluri walit memberikan kita kenyakian untuk membuat pilihan dan andaian yang dipandu oleh Al- Quran dan Doa, Yakin dengan Rahmat dan Rahim Allah yang Maha Boros dengan nikmat dan Rahmah kepada Hambanya.  Maka mengapa ushaawan walit muslim  kurang yakin untuk berdoa kerana ini adalah janji Allah.  " Berdoalah kepada Ku, Nescaya akan ku Makbulkkan".  Apa lagi jaminan kejayaan daripada Allah yang kita mahu. Mengapa dibiarkan emosi resah gelisah bersarang dalam hati. Ia akan menjadi makanan enak untuk syaitan bermain-main dengan keyakinan kita kepada Allah.

Percaya dan Yakin lah. Allah akan membantu mereka yang sabar. Allah sentiasa akan memberikan yang terbaik untuk kita kerana Allah maha mengetahui bilakah masa dan tempat kita perlukan sesuatu.  Berbaik sangkalah dengan Allah, kunci kejayaan menguruskan emosi, Jangan kita jadikan urusan rumah walit dan bisnes BHW ini menjadikan kita curiga kepada rahmat dan kekayaan Allah. Beriishgtfarlah sekiranya ada perasaan itu, Pujilah Allah. Mudahan kita mendapat rahmat daripada Allah sekiranya kita Ikhlas.  Ingatan untuk diri penulis dan pembaca sekalian.  Mudahan yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang baik itu adalah lemahnya akal dan daya cerapan saya ( penulis ) sendiri. Wasalan.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Tuesday 5 October 2010

Banyak bersyukur atau kamu akan Kufur

Bersyukurlah atas nikmat yang tidak terkira banyaknya,  Kerjalah kamu 5 perkara sebelum datang 5 perkara. ( ini adalah hadis yang sangat popular malah dijadikan lagu nasyid).

Janganlah kamu resah gelisah dalam urusan dunia yang hanya bersifat sementara.  Dunia ini adalah ujian, untuk mereka yang lara.  Dunia ini adalah satu medan ujian untuk mereka yang bertaqwa.  Berdoalah kepada Allah yang maha boros dengan nikmat, kaya dengan rahmat,  Apa yang kita pinta dan pohon dengan seikhlas hati dan hari, yakin dan sabarlah.  Allah pasti akan makbulkan.  Ini adalah janji Allah " berdoalah kepada Ku , Nescaya akan Ku makbulkan.  Dan Allah lah , pencipta Agung yang Maha cepat memakbulkan Doa.

Jangan kita berputus harap dengan Alllah dikala, usaha dan perancangan kita terbengkalai tidak seperti yang kita rancangkan kerana Allah lah peracang yang sebenar.  Allah Maha mengetahui apa yang kita perlukan sama ada bunga, atau rama-rama.   Mungkin apabila kita berdoa.. Ya Allah berikan ku bunga, Namun pada ketika itu Allah berikan kita Katus yang berduri.  Maka pahit dan kecewalah kita.  Dan mungkin apabila kita berdoa ya Allah berikan ku rama-rama, Namun Allah berikan kita beluncas atau ulat.  Namun percayalah, akan tiba masanya Katus dan ulat beluncas tadi akan berubah menjadi bunga dan rama-rama impian kita.  Siapalah pengatur sebenar masa kita . Tentu sekali Allah.

Maka.. jangan kita mengeluh dan berputus asa dengan Allah dan banyak besyukur kerana Allah itu maha kaya dengan Rahmat dan nikmat. Maha boros untuk membantu hamba-hamba yang mermerlukan dengan syarat mereka bertaqwa.

Ingatan ini diri saya sendiri dan teman-teman Walit semua.  Jangan kita berputus asa, berusaha dan berfikir jalan-jalan terbaik untuk menambahbaikan perniagaan walit kita.  Mudahan usaha halal ini diberkati , berkat dengan sabar, doa, usah dan taqwa kita. Wasalam



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday 3 October 2010

Kegilaan burung pada bunyi ( SSS)

Ramai mengatakan bunyi atau suara faktor kedua terpenting selepas lokasi.  Malah ada yang mengatakan burung sanggup mati kerana bunyi.  Malah kita sendiri, akan resah kalau sarang burung tidak berbunyi.  Dan orang sekitar kita akan gelisah .. kalau sarang burung kita terlalu kuat berbunyi.

Jadi, apa kesimpulannya.. kita kena cari kesederhanaan dalam menentukan bunyi-bunyi yang wajar untuk burung kita.  Terbaru teknologi SSS, banyak perkara menarik tentang teknologi ini.  Burung walit akan lara dengan bunyi ini di dalam BHW dan akhirnya akan memilih untuk tinggal disitu.  Inilah yang diharapkan oleh kita. 


Teknologi SSS ini akan mampu merangkap burung berlegar-legar dalam sarang burung melebih 20 minit  sebelum akan berhenti ke tempat pilihannya.  Ia akan mencari-cari suara yang dilontarkan pada sekitar twiiter rumah burung kerana suara itu kedengaran berpusing-pusing dan dapat melahirkan satu fitrah burung untuk mencari dan mengetahui arah dari mana suara itu datang.  Semangat ingin tahu burung ini dipermainkan oleh suara yang kita pilih. Secara teori, burung akan berminat untuk mencari. Dalam keadaan gelap, burung walit tidak dapat melihat, tetapi akan terbang berasaskan prinsio ekolasi atau bunyi klik yang dihasilkan .  Bahasa klik adalah bahasa awal dunia.  Sesetengah penduduk di Afrika Selatan masih menggunakan bahasa Klik dalam komunikasi..

Namun, yang penting. Suara tadi akan menghidupkan satu entiti burung yang mesteri kepada sang walit yang mempunyai semangat inkuari ( enquaries) yang mendalam.   Tanda tanya ini harus bijak dimainkan oleh kita.  Agar kita boleh membentuk satu keadaan rumah burung yang hidup dan meriah kepada  Sang Walit.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Pudu- Pusat elektronik bunyi

Dua hari lepas ada kesempatan pergi ke Pudu. Terdapat lambakan kedai eksoseri bunyi dan speaker yang begitu banyak.  Bagi mereka yang tinggal disekitar Kuala Lumpur, tentu mereka tidak hairan lagi dengan kewujudan pusat ini.

Hampir empat jam saya merayau-rayau mencari  tewitter yang canggih dan terkini.  Apa yang saya belajar tiada speaker water proof yang ada cuma weather proof.   Namun harganya cukup istimewa boleh dikatakan jauh lebih murah sehingga 1 kali ganda.  Satu twitter yang biasa saya beli dengan harga  RM10.  Saya boleh dapatkan disana dengan harga lebih kurang RM 5.50.   Twitter hon yang biasa digunakan untuk external sound harga biasa di Pantai timur biasa dijuah dengan harga RM 65.  Saya boleh dapatkan di sana dengan harga RM32.00. 

Apa yang menarik terdapat pelbagai jenis PA system . Amplifire.  Katakan berapa sahaja Chennal yang kita mahu. 1, 2, 3, 4.  Semuanya ada dengan pelbagai pilihan harga.  Bukan setakat itu, kalau kita berminat dengan IR camera, atau CCTV. Disini terdapat lambakan kedai menjual peralatan CCTV.

Walaupun, bidang perniagaanya tiada menfokus kepada industri burung walit, namun banyak peralatan burung walit terutama dari segi penambah baikan bunyi dapat kita cari disini.

Semasa saya tengah merayau-rayau sendirian.  Saya terjumpa dengan seorang usahawan burung walit daripada Melaka.  Dia juga berkata tengah mencari speaker dan twitter untuk diletakan di BHW nya.  Saya Ucapan terima kasih kepada Abg Man kita , kerana sudi memperkenalkan tempat ini kepada saya.

Saya yakin tentu ada tempat atau pusat jualan audio yang lebih hebat dan besar.  Kalau sesiapa yang ada maklumat itu , harap boleh kongsikanya disini,., wasalam


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.